<
SEGUDANG IMPIAN ARISEL BA
>
[]
<
SEGUDANG IMPIAN ARISEL BA
>




SEGUDANG IMPIAN
 





ARISEL BA
Arisel Ba atau nama sebenarnya Subari bin Ahmad dilahir pada 11 Ogos 1953 di Ladang Selborne, Kuala Lipis, Pahang. Beliau mendapat pendidikan awal dan menengah dari Sekolah Menengah Clifford, Kuala Lipis, Pahang kemudian melanjutkan pengajian di Maktab Teknik Kuala Lumpur (1971 – 1973) dan bertugas dengan LLN (kini TNB) selama 10 tahun ( 1973 – 1983). Kelulusan tertinggi beliau adalah dalam bidang Komunikasi Korporat dari Universiti Putra Malaysia (UPM) 2003. Mula menulis tahun 1976 dimana puisi pertamanya Gua Bama tersiar di majalah Dewan Sastera, April 1977. Selain puisi, Arisel menulis cerpen, novelet, drama pentas, berita dan rencana. Karya Arisel telah terbit di akhbar, majalah dan antologi puisi/cerpen bersama. Novelet Pertama beliau yang telah terbit ialah DENDAM MALAM GERHANA pada tahun 1982. Kumpulan Sajen/Puisi naratif - AKSARA XXX - terbit tahun 2004 setelah lebih 30 tahun menulis puisi. Arisel Ba pernah menjadi Setiausaha Agung DPMP selama 10 tahun (1983 - 1993) dan Setiausaha Hari Sastera 1987. Kini Arisel menjadi ahli biasa PENA dan DPMP disamping sebagai Editor Akhbar Tabloid Forum Perdana dengan menggunakan nama pena Olie Dharma.
   

<< May 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31













Web Counters

SANGGAR CEMPAKA







ANTOLOJI SAJEN/PUISI NARATIF ARISEL BA, 2004

.

Harga: RM10.00. Pesanan boleh dibuat di alamat: Subari bin Ahmad @ Arisel Ba, No.88, Lorong Bukit Setongkol 3, Perkampungan Cenderawasih, Bukit Setongkol 25200 Kuantan, Pahang, Malaysia. Tel. No. 012-9880490, Emel: ariselba@yahoo.com.sg


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

Tuesday, November 10, 2009
Arisel BA dengan Aksara XXX: Membuka minda pembaca

Arisel BA dengan Aksara XXX: Membuka minda pembaca Pengulas: NAWAWEE MOHAMMAD November 9, 2009 Pendahuluan Sudah menjadi kelaziman apabila membaca mana-mana buku penulisan kreatif, terutama buku-buku sajak perseorangan penulis-penulis tanah air, saya selalu membuat catatan serta-merta di mana-mana ruangan kosong buku yang dibaca itu; mengenai sesuatu yang dapat dirasakan daripadanya; tentang pemikiran pengarangnya. Hal ini saya lakukan apabila terdapat mana-mana frasa atau ayat, atau mana-mana bahagian tertentu yang mempunyai wacana yang berjaya mengusik fikiran dan perasaan, sama ada berupa sentuhan yang membawa maksud positif atau sebaliknya; atau sekurang-kurang kesan daripada pembacaan secara takulan itu berjaya menyentuh minda saya sebagai pembacanya. Begitu halnya yang telah berlaku ketika tiba pada halaman 22-23, apabila fikiran dan perasaan saya tersentuh dengan sajak yang berjudul “Gejala Orang KL (2)” daripada buku sajak Arisel BA, bertajuk Aksara XXX (2004), yang pernah dihadiahkan kepada saya dalam pertemuan pada Hari Puisi di Shah Alam; 17 Disember 2004 yang lalu. Catatan Ringkas Bertolak daripada sajak tersebut, lantas saya menulis sebuah catatan ringkas di bahagian dalam kulit depan buku itu, sebagaimana yang berikut: “Membaca sajak-sajak di dalam antologi sajak Aksara XXX daripada koleksi sajak jenaka (sajen) 1998-2004 (2004) karya Arisel BA , saya fikir tiada pembaca yang kreatif tidak terusik dengan banyak sindiran dan sinisme jenaka yang berjaya mengusik minda, hinggá banyak rahsia yang jarang, malah tidak pernah terfikirkan telah dipamerkan penulis secara amat jenaka dan penuh kreatif (9 Oktober 2004)” Tujuan sebenar catatan seperti ini, saya beranggapan bahawa ia sangat besar manfaatnya kepada saya sendiri sebagai penulis sajak; terutama untuk menilai kekuatan pemikiran dalam sesebuah buku sajak perseorangan penulis berkaitan apabila karya berkenaan dibaca sekali lagi. Di samping melalui catatan seumpama itu juga, saya kira akan memberi kesan pemahaman yang lebih jelas ke atas mana-mana bahagian, wacana, atau mana-mana pemikiran sajak di dalamnya. Dengan demikian dipercayai pemikiran pengarang yang dikesan daripada wacana berkaitan daripada sesebuah sajak itu dapat disimpan dalam ingatan secara lebih berpanjangan. Apa lagi apabila sesebuah koleksi seumpama itu bertujuan dinilai untuk membuat sorotan dan dianalisiskan. Beberapa kemungkinan yang saya gambarkan itu ternyata ada kesannya apabila membaca Aksara XXX dalam kesempatan waktu kali kedua yang lebih luas. Saya dapat merasakan sebahagian besar sajak jenaka pemikiran Arisel BA melalui buku tersebut sangat menarik untuk disorot dengan lebih mendalam. Sebaliknya, menjadi satu kerja yang sangat payah saya kira, dan amat kekok untuk memaksa diri dan fikiran membuat sorotan ke atas mana-mana sajak karya penulis perseorangan khususnya, sekiranya fikiran dan perasaan sendiri tidak pernah tersentuh oleh mana-mana wacana daripada sajak-sajak itu, walaupun beberapa kali diulang membacanya. Maksud saya, tiada paksaan yang boleh dilakukan dalam usaha mendekati mana-mana buku sajak perseorangan, atau dengan tujuan menyatakan simpati untuk memberi sanjungan dengan pandangan yang penuh positif. Hal demikian lebih menjadi masalah lagi apabila berhadapan dengan sajak-sajak gelap yang diistilahkan sebagai sajak-sajak absurd, eksperimental, kabur dan seumpamanya, kerana sajak-sajak dalam kategori ini; sebahagian yang tergambar hanya aspek kreatif ketara lebih menonjol berbanding aspek pemahaman dan amanat dalaman yang hendak disampaikan penulisnya, dan yang boleh dimanfaatkan pembaca. Kenyataan ini bukan bertujuan memperlekehkan sajak-sajak gelap, kabur, absurd, eksperimental dan seumpamanya yang berkembang di negara ini semenjak lama dulu, sebagai tidak bermutu. Sebaliknya sebagai pembaca, akan mengalami kesukaran untuk menterjemahkan semula dalam pengertian dan bahasa yang lebih mudah, di samping tidak mampu mengesani ketepatan maksudnya dengan baik. Aksara XXX Buku sajak Aksara XXX menghimpunkan sebanyak 73 buah sajak jenaka yang ditulis Arisel BA. dalam tempoh 17 tahun (1987-2004). Bukan satu kerja yang mudah untuk menghasilkan sejumlah sajak yang menjuruskan pada satu bentuk dan satu persoalan yang berjaya untuk menggeletek hati pembaca dengan unsur-unsur jenaka, sinis, mengejek, menyindir, lucu, lucah dan seumpamanya. Ia satu kerja yang memerlukan masa yang lama, daya kreatif yang tinggi dari segi pemerolehan idea, komitmen dan ketekunan yang konsistensi. Maksud “Sajen” Kosa kata “sajen” sebagai kata akronim daripada cantuman dua perkataan Melayu, iaitu “sajak” dan “jenaka”, walaupun sudah acap kali digunakan melalui wacana-wacana sastera di Malaysia sehingga ini, namun maksud “sajen” sebagai kata kependekan “sajak-sajak jenaka” belum lagi disenaraikan di dalam Kamus Dewan. Sebaliknya perkataan “sajen” yang telah diterima oleh kamus itu merupakan kata Jawa yang diertikan sebagai makanan dan lain-lain yang dijamukan kepada hantu, orang halus dan seumpamanya sebagai unsur persembahan. (lihat Kamus Dewan, Edisi Keempat, cetakan pertama: 2005: 1368) Melalui tulisan ini, kata “sajen” tetap bermaksud dan merujuk kepada sajak-sajak jenaka. Malah, akhir-akhir ini di kalangan penggiat sastera; terutama para penulis sajak, perkataan “sajen” ini mulai dikenali dan digunakan menjadi satu kosa kata baru bahasa Melayu. Gejala Orang KL ( 2) Kembali memahami sajak “Gejala Orang KL (2)” yang disentuh dalam bahagian awal tulisan ini, hinggá memaksa saya membuat catatan sebagaimana di atas, ada baiknya maksud tersurat dan tersirat di dalamnya dapat dikongsikan dengan pembaca. Sajak ini menyindir sikap seorang mantan negarawan bertaraf Datuk Sri; seorang ahli politik yang telah banyak berjaya kerana disokong isteri cantik tetapi ternyata curang. Melalui pengakuan jujur isterinya dalam satu majlis ulang tahun ke-40 perkahwinan mereka berdua yang diadakan di sebuah restoran, untuk menyata dan membuktikan kejujuran tersebut setelah diminta berbuat demikian oleh suaminya, sang isteri lurus berterus terang mengakuinya. Sepanjang hidupnya menjadi isteri Datuk Sri berkenaan katanya, dia hanya tiga kali pernah berlaku curang. Dengan pengakuan jujur dan berterus terang isterinya itu, menyebabkan suaminya Datuk Sri akhirnya jatuh pengsan apabila mendengar pengakuan yang terakhir. Melalui sajak tersebut, Arisel menggunakan banyak dialog antara dua watak yang diwujudkan; Datuk Sri dan Datin Sri. Walaupun kelihatan prosaik, tetapi mempunyai unsur naratif yang menarik hinggá pembaca berpeluang berimaginasi. Akhirnya, pembaca dapat membuat kesimpulan dengan menerima kewajaran dan kemungkinan perlakuan jahat sang isteri itu boleh terjadi juga kepada lain-lain negarawan demi menyelamatkan pangkat, wang ringgit dan nyawa apabila benar-benar terdesak, tanpa memikirkan dosa pahala. Bagi pihak isteri pula amat bermurah hati demi untuk memastikan suami yang disayangi sentiasa mendapat kuasa dan sokongan dalam pemilihan. Cuba hayati urutan peristiwa yang menyampaikan maksud yang tersirat di sebalik pengakuan jujur seorang isteri. Secara bersahaja pula Arisel membawa cerita, tetapi ternyata amat menyengat dan mengenakan seseorang: …………………………….. Datin Sri berjelaslah pada malam ini,/ pernah tak Datin Sri berlaku curang denganku selama ini?”// Datin Sri terkedu sekejap dan merenung jauh ke wajah suaminya,/ lalu berkata penuh kekesalan, “Ya Datuk Sri, aku mengaku/ pernah berlaku curang sebanyak tiga kali selama ini”// “Tiga kali?” Datuk Sri terkejut beruk, tapi tidak marah,/ ………………………………………………………… “Bagaimana boleh terjadi tiga kali, Datin Sri?”// …………………………………………………. “Datuk Sri ingatkah masa kita mula-mula kahwin,/ terus beli banglo mewah dan selang beberapa tahun,/ kita muflis hinggá banglo kita, bank hendak rampas”// ………………………………………………….. “Ya aku ingat peristiwa itu” jawab Datuk Sri./ Datin Sri menyambung cerita, “Datuk Sri pasti ingat/ saya pergi jumpa pegawai bank malam itu juga, dan/ esoknya, bank tidak jadi merampas banglo kita,/ malah bagi tambah pinjaman Datuk Sri sambung berniaga”// …………………………………………….. “Emmmmm, sukar aku menerima kenyataan ini, / tapi aku maafkan kamu untuk masa depan kita jugak” ………………………………………………… “Ingatkah Datuk Sri hampir maut sebab ketumbuhan dalam otak?”/ …………………………………………………… “Kalau begitu Datuk Sri pasti ingat saya pergi jumpa/ Doktor Pakar itu dan esoknya dia setuju buat pembedahan/ dan tidak dikenakan satu sen pun bayaran.”// “Oh Datin Sri, walau perit hati ini mendengarkan,/ tapi aku tetap maafkan kamu demi masa depan kita jugak/ dan kerana kamu sayangkan aku jugak.” “Kisah ketiga macam mana pulak?” kata Datuk Sri./ Datin Sri menundukkan wajahnya dan menjawab lemah,/ “Datuk Sri, ingatkah masa merebut Ketua Bahagian, dan perlukan undi lima orang perwakilan dari satu cawangan…”// …………………………………………. Datuk Sri pengsan di restoran itu juga.//” Banyak lagi sajak lain dalam Aksara XXX yang tidak kurang berperanan menikam fikiran, perasaan dan mengusik pengalaman silam sejarah manusia Melayu di negara ini yang sesekali kelihatan bodoh, dungu dan nakal. Ada kala lebih cerdik daripada bangsa-bangsa lain di dunia nyata ini. Melalui sajen “Melayu Menjana Prasangka” (hlm.6) berikut, terasa sinis tetapi mengajarkan, dapat dirasai dengan fikiran waras tentang Melayu; bangsa yang sangat banyak diprasangkakan sesama sebangsanya: ……………………………… Manusia Melayu di alaf baru/ masih menjana prasangka tidak menentu/ …………………………. Melayu beribadah diprasangka riak/ Melayu relaks diprasangka pemalas/ Melayu pakai baju baru diprasangka menunjuk/ Melayu pakai baju buruk diprasangka zuhud/ Melayu makan banyak diprasangka pelahap/ Melayu makan sedikit diprasangka diet/ Melayu perangai baik diprasangka buruk/ Melayu perangai jahat diprasangka baik.// …………………………………………. Melayu selalu senyum diprasangka mengejek/ Melayu selalu wajah masam diprasangka merajuk/ Melayu bermuzakarah diprasangka mengumpat/ ……………………………………. percayalah, sesuatu benda yang dilihat,/ macam-macam rumusan boleh kita buat,/ semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya/” ………………………………… Deria Arisel sesekali sangat tajam dan kritis. Sewaktu isterinya mengomel tentang suasana rumahnya yang dipenuhi buku, hingga ke mana-mana pergerakannya di dalam rumah itu, pasti bertembung dengan buku, dan hidupnya sendiri sewaktu berada di rumah, hanya membaca buku, lantas idea kreatifnya menjawab: ……………………………… Heeee…sesekali aku mahu menjadi buku”/ Inilah rutiniti omelan isteriku.// Dengan wajah penuh senyum aku menukas: “Wah itu idea sangat bagus,/ kalau kamu jadi buku …aduhai imagis,/ nanti aku boleh membawa kamu ke pustaka/ dan menukarkannya dengan buku baru pula.”/ jawabku dengan bangga dan serius./ Isteriku diam, meradang, geram/ (“Buku dan Isteriku”:hlm.13) Tentang silap faham dialek Melayu Negeri Sembilan, telah membawa bahana kepada pahlawan yang patuh kepada arah ketua secara membabi buta, tanpa menggunakan logik akal. Melalui sajak “Sorang, Jang… Soranggg!” Arisel seperti memperbodohkan pahlawan Melayu ketika Melaka jatuh, dan sewaktu Hang Tuah sudah tidak ada lagi. Peristiwa berlaku antara Panglima Naning dan penyokongnya menentang serangan Portugis. Arisel menceritakan: …………………………….. Di saat akhir tiba Penglima Naning dengan garang/ bersama anak buah mengamuk hampir Portugis kecundang.// Malangnya, arahan perang Panglima Naning/dituruti pahlawan tanpa berfikir panjang/ ”Sorang,Jang…..Sorang!” Seorang pahlawan tampil ke depan, lalu tumbang.// ”Sorang Jang….Sorang!! Seorang pahlawan tampil ke depan, lalu tumbang.// ”Sorang….Jang…Sorang”, seorang pahlawan tampil ke depan, lalu tumbang.//: ……………………….. Akhirnya tinggal Panglima Naning seorang/ dia pun tertembak peluru meriam lalu tumbang/ …………………………. Episod di atas menggambarkan loghat daerah boleh menimbulkan salah faham, dan membawa padah. Panglima Naning yang mengetuai para pahlawannya memberi arahan dengan telor Negeri Sembilan, tetapi telah disalahfahamkan. Dia mengarah supaya “serang” musuh, disebutnya “sorangg!!”. Padahal, yang dimaksudkan ialah supaya “serang”.(sorang). Bukan “seorang”, sebagaimana yang difahami “seorang demi seorang” tampil ke depan. Akhirnya semua pahlawan harapan itu habis ditembak Portugis. Melalui sajak “Kawan Makan Kawan” (hlm. 44), Arisel secara jenaka menyelitklan nasihat dan berfalsafah. Tulisnya: …………………….. sajen ini bukan nak cari lawan/ sajen sekadar peringatkan sobat sekalian/ berhati-hati dengan sikap kawan-kawan/ pastikan jangan ada jadi gunting dalam lipatan./ …………………………….. Kawan aduhai kawan/ kita ingat orang dulu-dulu berpesan “kawan berkawan, satu hari pasti jadi lawan” “kawan berlawan, satu hari pasti jadi kawan” …………………………….. Melalui sajak “EURO 2004” (hlm. 34) pula, terasa ada suatu kepintaran tersembunyi tetapi lucu mengenai pertanyaan; Mengapa perlawanan bola sepak itu 45 minit, tidak 30 minit untuk separuh masa pertama. Daripada sekian ramai para penonton yang sedang menonton perlawanan bola sepak itu, hanya seorang penonton yang yakin dan agak pintar memberi jawaban, sebagaimana dilukiskan Arisel berikut: “Terdapat dua pasukan dalam setiap perlawanan/ dan ada 11 pemain lelaki setiap pasukan/ setiap pemain mempunyai “2 biji bola” dan/ membawanya setiap masa semasa bermain dalam padang.// Jadi, jumlah kesemua bola dari dua pasukan ada 44 biji bola/ terdapat sebiji bola sepak yang digunakan di dalam perlawanan./ Oleh itu, jumlah keseluruhan ialah 45.//” Berdasarkan jawaban itu, pembaca seolah-olah diajak berfikir dan mencongak sendiri. Tenyata jumlahnya tepat, hingga akhirnya pembaca sajak itu sendiri terbahak-bahak ketawa dengan maksud yang tersirat sebalik kata-kata yang tersurat dalam sajen tersebut. Hal ini menampakkan kecerdasan fikiran yang diperolehi pembaca melalui hasil penulisan kreatif seperti itu. Malah banyak lagi idea yang boleh disajenkan jika penulis benar-benar peka dengan banyak peristiwa lucu yang memang wujud dari masa ke masa. Malah peristiwa-peristiwa itu boleh dijadikan bahan bacaan bersantai dan mampu meringankan fikiran, tetapi amat memanfaatkan jika diolah dalam bentuk sajen. Kumpulan Sajak Kumpulan sajak yang mengandungi 73 buah sajak ini dibahagikan dalam dua bahagian besar. Bahagian pertama di bawah judul Aksara XXX, dan bahagian kedua ialah “”Ini bukan Sajen, Tapi Puisi Naratif”. Bahagian pertama mengandungi 41 buah sajen, dan selebihnya ialah sajak-sajak naratif sebagaimana yang dimaksudkan Arisel dihimpunkan dalam bahagian kedua. Kedua-dua bahagian buku tersebut, sajak-sajak yang mengisi ruangan kelihatan tidak seimbang segi bentuknya kerana masing-masing dituliskan tidak terlalu memperlihatkan unsur keindahan bunyi, tetapi mengutamakan mesej. Hal ini lebih ketara pada bentuk sajak-sajak bahagian pertama. Manakala sajak-sajak dalam bahagian kedua, walaupun mengambil unsur bercerita, penulis lebih memperlihatkan keinginan untuk menimbulkan bentuknya yang tersendiri. Rata-rata sajak itu mengambil bentuk sajak eksperimen, sekalipun terlalu prosaik. Sajak-sajak naratif ini juga di tangan Arisel kelihatan terlalu tidak seimbang dari segi bentuk, dan jumlah patah perkataan, kerana ia terdiri daripada sajak yang terdiri antara satu hingga 50 baris; iaitu antara sembilan hingga 500 perkataan untuk sebuah sajak. Satu jumlah yang ketara tidak seimbang. Walaupun memang janggal kelihatan, namun ia ternyata menjadi suatu keunikannya di tangan Arisel. Sebuah sajak yang terdiri daripada hanya sebaris itu ialah “Membaca Ramadhan 1” (hlm. 64) berbunyi, “Malam ini aku menyita setahun terpalar di wajah”. Manakala sebuah sajak lain dalam bahagian ini, dan perlu dikongsikan pemikiran bersama pembaca ialah sajak “Membaca Ramadhan 2” (hlm.65), Arisel BA menulis: “Gemersik suara anak-anak membaca al-Quran menghias langit Ramadhan/musim hujan, Kuantan, di Cenderawasih bebunga sena menguning/ berserakan di depan rumahku, dan mampukan aku menyita jelaga di/ wajah ini, mirip seperti impian semua Muslim, rasa nyaman dan aman,/ tiada ancaman…// Kelemahan dan Saranan Sebagai hasil penulisan kreatif yang lebih mementingkan pembentukan dan unsur kata yang puitis, Arisel BA kelihatan kurang memberi perhatian dalam pemilihan kata dan ungkapan-ungkapan puitis yang mampu menguatkan pernyataan maksud dalam sajak. Aspek tatabahasa; termasuk tanda bacaan, keseragaman ejaan bahasa Melayu yang disepakatkan, dan keseragaman ungkapan dan ayat, kurang diberi perhatian, di samping terdapat ungkapan lisan yang ketara tidak diseragamkan; misalnya “jugak” untuk “juga”, “pulak” untuk “:pula”, dan beberapa lagi. Jika aspek-aspek yang kecil tetapi ketara memperlihatkan ketidakmahiran penulis dalam penguasaan bahasa yang menunjangi penghasilan sesebuah karya itu dapat diatasi, diyakini sajak-sajak berunsur jenaka yang mengisi halaman pertama antologi Aksara XXX ini akan lebih mantap, matang dan amat menari kerana dapat memanipulasikan banyak peristiwa lucu yang boleh menghibur dan menggeletek minda pembaca. Hal ini memang amat disedari Arisel sebagaimana dalam pengakuan awal dengan mengingatkan supaya menghindari jenaka yang sensitif: “ Jangan melantunkan sajen yang bernafas jenaka tentang hal-hal yang sensitif. Jenaka tentang agama, bangsa, politik, seks melampau, merendah-rendahkan martabat rakan-rakan dengan kisah-kisah bodoh tanpa moral atau isu-isu sensitif lainnya sebaiknya dihindarkan. Ini boleh membahayakan diri anda sendiri sebagai pesajen. Anda akan dicap tidak tahu etika, asal-usul, kurang ilmu atau sekadar caper (cari perhatian).” (hlm.iv) Untuk tujuan meningkatkan mutu sajak-sajak itu, adalah sangat baik kiranya teks Aksara XXX ini disemak semula jika antologi itu hendak diulang cetak, dan sebaik-baiknya jadikan cetak ulang tersebut sebagai edisi kedua; iaitu selepas diperbetulkan beberapa kecil yang dimaksudkan. Kesimpulan Sajak-sajak jenaka atau sajen, jika diberi perhatian serius dan konsistensi dalam usaha menghasilkannya, diyakini sajak jenis ini lebih manfaat berbanding pengembangan pemikiran dan penyuburan minda pembaca melalui pembacaan lain-lain jenis puisi Melayu seperti pantun, syair atau gurindam. Bakat dan pontensi yang ada pada Arisel BA untuk terus meneroka lebih banyak lagi idea-idea ke arah itu adalah sangat luas dan terbuka. Namun penulis ini seharusnya lebih bertanggungjawab dan peka supaya bahasa yang menunjangi sajak-sajak bernafaskan kejenakaan itu benar-benar kelihatan seimbang. Maksudnya, bukan mementingkan mesej semata-mata, tetapi keindahan bahasa juga hendaklah diberi perhatian . Dengan demikian, karya kreatif yang berkonsepkan sajen ini tidak mustahil mendapat pasaran yang meluas di arena sastera tanah air suatu hari kelak, insya-Allah, kerana mesejnya dalam lucu tetap mengajarkan. Lampiran “Gejala Orang KL (2)” Malam itu Datuk Sri makan malam di restoran penuh romantak Bagi menyambut ultah perkahwinan mereka ke-40 tahun Datuk Sri mantan ahli politik yang pragmatik Memulakan kisah nostalgia mereka suami isteri Suka duka, susah senang bersama Datin Sri masih cantik.
“Datin Sri, selama kita kahwin, suka duka kita lalui, Susah senang kita tempuhi, saya amat menyayangi kamu, Tapi ada satu perkara asyik berputaran di benak ini Dan selalu bertanya sendiri kadangkala bermimpi ngeri Datin Sri berjelaslah pada malam ini, Pernah tak Datin Sri berlaku curang denganku selama ini?

Datin Sri terkedu dan merenung jauh ke wajah suaminya, Lalu berkata penuh kekesalan “Ya Datuk Sri aku mengaku Pernah berlaku curang sebanyak tiga kali selama ini.”

“Tiga kali?” Datuk Sri terkejut beruk, tapi tidak marah, Fikirkan sudah tua dan memang berniat memaafkan isterinya, “ Bagaimana boleh terjadi tiga kali, Datin Sri?” Perlahan isterinya membuka kisah cerita lama, “Datuk Sri ingatkah masa kita mula-mula kahwin, Terus beli banglo mewah dan selang beberapa tahun, Kita muflis hingga banglo kita, bank hendak rampas.”

Ya, aku ingat peristiwa itu” jawab Datuk Sri. Datin Sri menyambung cerita, “Datuk Sri pasti ingat Saya pergi jumpa pegawai bank malam itu juga, dan Esoknya bank tidak jadi merampas banglo kita, Malah bagi tambah pinjaman Datuk Sri sambung berniaga.”

“Emmmm, sukar aku menerima kenyataan ini, Tapi aku maafkan kamu untuk masa depan kita jugak.” Kata Datuk Sri, “Kali kedua pulak?”

“Ingatkah Datuk Sri hampir maut sebab ketumbuhan dalam otak?” Isterinya menyambung cerita “Ya, aku ingat.” Jawab Datuk Sri, “Kalau begitu Datuk Sri pasti ingat saya pergi jumpa Doktor pakar itu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan Dan tidak dikenakan satu sen pun bayaran.”

“Oh Datin Sri, walau perit hati ini mendengarkan, Tapi aku tetap maafkan kamu demi masa depan kita jugak. Dan kerana kamu sayangkan aku jugak. “Kisah ketiga macam mana pulak?” kata Datuk Sri. Datin Sri menundukkan wajahnya dan menjawab lemah, “Datuk Sri, ingatkah masa merebut Ketua Bahagian Dan perlukan undi lima orang perwakilan dari satu cawangan…”

Datuk Sri pengsan di restoran itu jugak..

Arisel BA

21 Disember 2003

Sanggar Cempaka, Kuantan Pahang.

“Sorang, jang… sorangg!”

Episod terakhir Kerajaan Melayu Melaka Sekitar tahun 1511 dijadikan cerita Laksamana Hang Tuah telah tua renta Hanya menonton runtuh sebuah genta.

Setelah Sultan dan pembesar cabut lari ke Muar Tinggal Hang Tuah menggigit jari menggetap bibir Lalu dia juga menghilangkan diri Melihat perwira Melayu bergelimpangan mati.

Apa tidaknya, senjata perwira Melayu kecundang Hanya keris, tombak, panah dan pedang Peluru bedil Portugis menembusi daging Perwira Melayu akhirnya tewas dan tumbang. Serangan meriam Portugis bagai halilintar merejam Hampir ranap Kota Melaka diserang siang malam Di saat akhir tiba Panglima Naning dengan garang Bersama anak buah mengamuk hampir Portugis kecundang.

Malangnya, arahan perang Panglima Naning Dituruti pahlawan tanpa berfikir panjang “Sorang, Jang…..Soranggg…!” Seorang pahlawan tampil ke depan, lalu tumbang.

“Sorang, Jang….soranggg…!” Seorang pahlawan tampil ke depan, lalu tumbang “Sorang, Jang…..soranggg…..” Seorang pahlawan tampil ke depan, lalu tumbang. “Sorang, Jang…..Soranggg…..!” Seorang pahlawan tampil ke depan, lalu tumbang “Sorang, Jang….Soranggg….!” Seorang pahlawan tampil ke depan, lalu tumbang

Akhirnya tinggal Panglima Naning seorang Dia pun tertembak peluru meriam lalu tumbang Portugis telah menawan Kota Melaka Melayu sengsara lebih 450 tahun gerhana.

Arisel BA

1 Disember 2003

Kuantan, Pahang

Pengulas: NAWAWEE MOHAMMAD

Posted at 06:03 am by arisel
Make a comment  

Thursday, April 24, 2008
INMEMORIUM BADARUDDIN MZ


INMEMORIUM BADARUDDIN MZ

sajak arisel ba

Badar, setelah kautinggalkan Relong-mu
terbakar hutan kecil di belakang rumah
amarah Sang Kijang Bama-mu
dan kembaramu semakin jauh, menjauh
sonder titisan airmata dan percikan darah

kebun kreatifmu masih membara
setiapkali laman buku hidupmu dibuka
episod dan hikayat ciptamu berhamburan
menerjah ke mulut Gua Bama yang sepi
hingga buku hidupmu ditutup selamanya
desah nafasmu mengudara aroma kenangan

Badar, ingatkah janji kita, iya janji
“kami adalah janin mati
ketika ibu melahirkan seorang bayi”
dan kita penyair Lipis setengah jadi.

dan inilah doaku
“Istirehatlah wahai Sang Kijang Bama-ku
tenang dipersada syurga firdausi
tinggalkan dendam itu di hati kami”

12 April 2008

Kuala Lipis, Pahang

Posted at 09:28 pm by arisel
Comment (1)  

Wednesday, March 05, 2008
ANDA UNDI SIAPA?


 
ANDA UNDI SIAPA?

(khas untuk Pengundi Atas Pagar)

Siapakah yang anda undi

Jika calon pilihanmu

Bagai rumah sonder pintu

Siapa anda sandarkan harapan

Jika calon pilihanmu

Bagai darmaga sibuk menghitung ombak

Siapa anda pilih sama berduka

Jika calon pilihanmu

Bagai darah berkristal di mata

Siapa anda pilih bermanja ria

Jika calon pilihanmu

Tatkala jadi khalifah tinggalkan jemaah

Arisel ba

5 Mac 2008

Kuantan, Pahang

Posted at 10:10 pm by arisel
Make a comment  

POLITIK ITU KUASA


POLITIK ITU KUASA

(buat semua bergelar Waibi)

Sepanjang aspal kelabu kita berdiskusi tentang manifesto politik, selamat, aman dan makmur, Kerajaan beramanah, adil dan bersih ke arah Negara berkebajikan, harapan baru untuk Malaysia, kita berdikusi tentang aliran undi dan hati pengundi, dan semua fakta benar dan bohong yang kita miliki, kita bicara tentang urut refleksi dan kopi tongkat ali dan cara langsing lewat meditasi, tentang gejolak dunia hingga ke warung di hujung desa, amat lucu sedang masa depan kita masih sangsi.

Wahai Khalifah manusia, sajak ini cukup panjang untuk memanjangkan diskusi politik itu kuasa hingga ke dinihari, aroma fakta benar dan bohong dari getar mantera di telapak tanganmu, bahkan tiap jalur aspal kelabu ini seakan menjelma jadi sikap penentu siapa perolehi kuasa. Sajak ini amat senyap dan bisu jika tidak dibaca, seperti laut yang gumamnya hanya didengar kalbu.

Wahai sesiapa yang nantinya bergelar Khalifah, para Waibi, marilah kita tetap berjalan bergandingan tangam menuju masa depan yang sukar diterjemah oleh minda dan mata.

Arisel ba

4 Mac 2008 Kuantan Pahang

Posted at 10:10 pm by arisel
Make a comment  

Sunday, January 20, 2008
1 JANUARI 2008 (SELASA)


1 JANUARI 2008 ( SELASA )
Tahun 2008, Feng Shui dan Seksual




CATATAN HARI INI:



Lokasi: Kg. Ajai, Dong, Raub



Hari ini cuti umum Tahun Baru 2008. Kebiasaan setiap tiba tahun baru, azam baru akan di tulis dalam diari tahunan. Ketika saya menikmati hari kelepasan am ini, saya berada di kampung Ajai, Mukim Gali 1, Raub, Pahang.



Selepas sepaginya saya meracun rumpai sekeliling rumah, saya berehat dan fikiran mula memikirkan apakah azam tahun 2008. Di bawah saya senaraikan azam tahun baru, antaranya:



1. Menjadi pekerja yang berinisiatif, kreatif dan produktif;



2. Mencari jawaban apakah saya harus berhenti bekerja dengan KEMAS Pahang pada usia 55 tahun. Kontrak saya tamat pada 4 Ogos 2008. Atau saya memohon disambung kontrak saya sehingga 11 Ogos 2009 ketika saya berumur 56 tahun;



3. Menyiapkan rumah saya yang terbakar pada 30 Mac 2004 di Perkampungan Cenderawasih, Kuantan;



4. Membesarkan rumah saya di Lot.730, Kampung Ajai, Mukim Gali 1, Raub;



5. Merancang persiapan utnuk menjadi seorang yang bersara dari bekerja dengan Kerajaan, apakah menjadi penulis sepenuh masa dan/atau seorang ahli bisnes.



BERITA HARI INI:





Kubur Bayi Mati Tercekik Susu Ibu Digali Semula



KUANTAN – Polis bertindak menggali semula kubur seorang bayi perempuan Orang Asli berusia tiga bulan yang meninggal dun ia dipercayai akibat yercekek susu badan ibunya pada 24 Disember lalu di Kampung Orang Asli Asli Pian, Kuala Krau, Temerloh untuk tujuan besah siasat.



Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisaten Komisioner Ahmad Fadxillah Mohamed, berkata Rani a/p Razak yang merupakan anak bungsu dari enam beradik dikebumikan di sebuah tanah perkuburan di kampung tersebut oleh datuknya tanpa memaklumkanmengenai kematian itu pada polis.



Beliau memberitahu pemberita bahawa ibu bayi berkenaan To a/p Mail, 25, sebelum itu menyusujab anaknya pada pukul 5 pagi , namun mendapati anaknya itu tidak bernafas sejam kemudian.



FOTO MENARIK HARI INI:




SINIS HARI INI:




ARTIKEL MENARIK HARI INI:



Feng Shui dan Seksual..



Ghairah yang dibakar, orgasme dan kepuasan yang tercapai, dalam bentuk berhubungan seks yang dapat dikembangkan akan banyak dipengaruhi oleh situasi serta kondisi persekitaran tempat di mana suami isteri melakukan hubungan seks. Dan, Feng Shui yang melingkupi kita boleh mendukung atau bahkan mementahkan usaha kita untuk meraih kepuasan seks yang ingin kita capai. Maka itu, perlu pemahaman secara khusus sebelum kita menerapkan solusi Feng Shui sebagai alternatif untuk memecahkan persoalan seksual kita bersama pasangan kita.



Dalam Feng Shui, dapat menemukan komposisi yang paling sempurna untuk diri sendiri, untuk itu, hal pertama yang harus kita lakukan adalah menemukan elemen utama yang mempengaruhi diri kita secara pribadi.



Ada lima elemen dalam Feng Shui: Cing (logam), Mu (kayu), Shui (air), Huo (api), dan Thu (tanah). Dengan mengenal elemen pribadi kita, kita dapat menentukan dekorasi interior yang paling serasi dan menguntungkan bagi kegiatan seksual kita bersama pasangan kita.



Langkah berikutnya, cari tahu juga elemen pasangan kita agar paduannya benar-benar tepat dan berdaya guna untuk mencapai kepuasan dan orgasme, berikut ghairah dalam hubungan seksual yang kita jalani:



Peltu ( baru menempel sudah keluar). Hubungan seks kita berlangsung seperti yang kita inginkan, namun sayang, hanya berlangsung sekejap atau istilah peltu (baru menempel sudah keluar). Kita berdua merasa bahawa hubungan seks perlu dilakukan dengan segera, namun dalam perasaan kita sebenarnya, menginginkan hubungan seks serta bergelut asmara bersama dalam waktu yang lebih lama. Tetapi, pada akhirnya hanya sekejap saja, akibat kegagalan dalam melakukan hubungan seksual, keharmonisan rumah tangga sering terganggu kerana sebagai suami yang tidak boleh memuaskan nafkah batin isterinya, isteri kadang tidak mengeluh tapi terseksa batinnya, kerana tidak mendapatkan kenikmatan dari hubungan seksual.



Solusi Feng Shui-nya: Agar waktu berhubungan seksual yang lebih lama dan membara, hamparkan karpet pendek dari bulu atau bahan yang lembut dan berbulu. Cara ini akan menahan laju energi seksual sehingga kita berdua boleh menikmati permainan lebih lama dalam mencapai klimaks. Tambahkan kerusi dengan tatakan tangan di dekat jendela agar energi seksual tetap terpelihara dan selalu memperkaya energi dan fantasi serta imajinasi seksual kita. Tempat tidur dengan kelambu akan menambah dahsyatnya efek yang diharapkan akan memperlama bentuk kenikmatan hubungan seksual kita.



Menjadikan Orgasme lebih Dahsyat. Kita ingin permainan tahap kedua atau mengembangkan bentuk permainan yang penuh variasi, namun, pasangan kita tidak manpu lagi melakukannya. Atau, permainan yang kita lewati berulangkali dan berjalan lancar seperti yang direncanakan, namun, orgasme yang kita inginkan tidak tercapai



Solusi Feng Shui-nya: Gantunglah sebuah cermin di dinding. Cermin tersebut sebaiknya berbentuk bulat atau oval. Penjelasan Feng Shui-nya, cermin akan memantulkan kembali energi, sehingga sekali mencapai klimaks, Kita berdua siap melanjutkan permainan pada tahap kedua tanpa merasa lelah atau mengantuk. Satu hal yang perlu di ingat, penempatan cermin hanya boleh memantulkan kegiatan saat kita bercinta, bukan pada saat kita berdua sedang tidur. Cermin juga harus dalam keadaan bersih, jernih dan tidak boleh retak.



Menjadikan Pasangan Kita Lebih Ganas dan Liar lagi Hot. Suatu kali acara bercinta kita berdua sangat romantis. Tetapi, yang kita inginkan adalah permainan yang lebih berani, ganas, liar, dan hot. Lalu, masalahnya adalah bagaimana kita dapat membuat pasangan kita menjadi berani dan hot seperti yang kita harapkan?



Solusi Feng Shui-nya: Ghairah berhubungan seks boleh ditambah dengan meletakkan benda-benda berwarna merah, misalnya; karpet, bantal, gambar, atau bunga disekitar tempat tidur kita. Lampu dengan cahaya kemerahan juga berpengaruh sangat besar dalam membangkitkan ghairah seks.



Ingin menjadikan kegiatan hubungan seks kita menjadi semakin hot? Pastikan tempat tidur kita mengadap selatan, lalu letakkan sepotong batu kristal quartz di bawah tempat tidur. Hal ini akan membuat pasangan lelaki kita boleh lebih nampak maskulin, juga memberi rasa percaya diri pada diri kita dan meningkatkan hasrat bercinta pada diri kita dan pasangan.



Lebih dari itu, solusi ini juga sangat baik untuk menciptakan multi orgasme. Bila kita ingin mencari model petualangan yang lebih hebat dalam kegiatan berhubungan seks kita, maka tempat tidur yang diberi frame logam boleh menjawab semua keinginan kita. Bahkan yang paling heboh sekalipun.



Setiap tahun kelahiran mempunyai elemen Feng Shui yang berbeda. Bila masalah Feng Shui ini segera diterapkan hubungan seks yang penuh ghairah akan segera kita dapatkan. Berikut ini kita lihat tentang Feng Shui dan unsur yang menyertainya.



UNSUR LOGAM



Kita yang berada dalam pengaruh logam memiliki kekuatan energi erotik yang tinggi. Selain itu kita juga senang memegang kendali. Posisi yang paling menyenangkan adalah saat berada di atas, dan membuat si dia takluk dalam permainan kita. Memancing ghairah sendiri di bawah tatapannya pun bukan masalah bagi kita. Posisi yang menantang sangat menggoda untuk dicuba. Suasana sekitar harus menunjang. Segala yang berbau bahaya dan petualangan adalah sumber ghairah kita.



Stimulasi Feng Shui: Untuk menciptakan energi fisikal yang tinggi. Letakkan mangkuk kaca berwarna gelap (biru) di sebelah timur kamar, isi air dan taburkan serbok kristal gemerlap ke dalamnya. Kombinasi ini akan membuat kita mempunyai banyak energi dalam menjajal aneka variasi "Shu Ni Cing" tanpa mengenal lelah.



Lampu berbentuk seperti mulut gunung (dengan bola lampu di tengah-tengah lubangnya), bila diletakkan di selatan sudut kamar akan menyeimbangkan kadar aderenalin kita dan pasangan kita. Maka, bukan kita sendiri yang menjadi semangat.



UNSUR KAYU



Mereka yang berada dalam naungan unsur kayu merupakan orang-orang yang perfeksionis. Terutama di tempat tidur. Namun orang-orang dari unsur kayu juga sangat gemar bereksperimen. Jadi mereka akan bekerja keras mengembangkan aneka teknik dan melakukannya dengan sempurna.Tanpa cacat dan cela. Pasangan dari unsur kayu akan menuntut pasangannya menjaga tubuhnya dalam kondisi yang sempurna dan ideal. Mereka juga sukarela mengikuti keinginan pasangannya untuk mencuba berbagai posisi yang ditawarkan. Untuk membakar ghairah, unsur kayu memerlukan waktu yang agak lama. Namun, begitu muncul, ia akan dengan mudah mencapai orgasme yang gegap gempita.



Stimulasi Feng Shui: Orang berunsur kayu menyukai gaya bercinta dengan gerakkan yang lambat, jadi solusi feng shui bagi kita adalah dengan menempatkan mangkuk dari kayu berwarna hitam atau mangkuk dari kaca berwarna ungu di sudut barat kamar tidur. Hal ini berfungsi untuk mempertahankan ketahanan dalam membangunkan ghairah.



Untuk mendapatkan multi orgasme, letakkan lima lilin merah di tempat yang terbuat dari kaca di sudut selatan kamar. Hal ini akan berguna membantu kita mencapai klimaks yang berkali-kali.



UNSUR AIR



Kita adalah seorang yang sangat romantis. Setiap permainan cinta seakan peristiwa penting yang ingin kita nikmati hingga titik terakhir. Bercinta serba cepat, bermain dalam lift yang jelas bukan tipe kita yang berada dibawah pengaruh unsur air. Stimulasi harus melalui proses yang panjang, menyangkut kesiapan fisikal mahupun fikiran. Bagi kita kenikmatan berhubungan seks lebih banyak terletak pada proses ketimbang permainan itu sendiri. Bahkan di saat mencapai orgasme pun kita tetap ingin berfantasi.



Stimulasi Feng Shui: Nyalakan tiga lilin biru di depan kaca, di sudut utara kamar kita untuk meningkatkan ghairah. Hamparkan kain dengan sulaman benang emas di tempat tidur. Konon pantulan helai benang emas akan memperkaya fantasi seksual kita.



UNSUR API



Kita yang berada di unsur api, adalah seorang yang serba hebat, berani, dan spontan. Segala yang serba heboh adalah bahagian dari gaya bercinta kita. Fantasi seksual kita terkadang sangat liar dan menjalar ke mana-mana. Tak ada kata tak mungkin dalam kamus bercinta kita. Memang luar biasa,



Stimulasi Feng Shui: Untuk membangkitkan ghairah seksual kita yang berada di pengaruhi unsur api hanya dengan melihat gambar-gambar sensasional. Cara termudah adalah memasang cermin besar di langit-langit kamar agar kita dapat memandang gaya berdua di tempat tidur. Selain hebat, pantulan cermin akan meningkatkan laju energi seksual kita.



Untuk stimulasi laju energi erotis, gantunglah beberapa gambar-gambar yang menggoda inspirasi sensual kita, misalnya foto-foto berbikini yang digarap dengan nilai seni tinggi.



UNSUR TANAH



Orang berunsur tanah adalah orang yang sangat sensual. Untuk membangkitkan ghairah, mereka memerlukan tenaga besar dan waktu yang cukup lama. Sentuhan tubuh, kedekatan secara emosional sangat utama bagi mereka dalam mencapai orgasme. Itulah sebabnya mereka yang berunsur tanah sangat menyukai urutan lembut dan juga oral seks. Suasana kamar yang nyaman, ditambah dengan tumpukkan kain-kain lembut dan indah seperti sutera akan meningkatkan energinya.



Stimulasi Feng Shui: Letakkan gelas kaca yang diisi dengan batu-batu indah atau kristal di sudut sebelah selatan kamar Anda yang berunsur tanah. Gunanya, untuk mengungkap sisi liar sensual Anda.



Untuk meningkatkan sesifitas, letakkan bantal bersarung beludru atau sutra dengan warna-warna penuh gairah (merah dan ungu) di tempat tidur maupun lantai. Semua ini akan meningkatkan energi seksual Anda. Lambat tapi pasti
.



End.



Posted at 11:42 pm by arisel
Make a comment  

Monday, May 07, 2007
AKU DALAM SAJAK


AKU DALAM SAJAK Sajak Kisah Arisel Ba

PRAKATA: KENAPA BERPUISI

Puisi ini indah dan bisa di karang dari mana saja tanpa rasa bersalah tanpa rasa takut membuat ulah tanpa rosak, cacat atau terkelupas

Jika ini puisi terkelupas dan cacat atau rosak diksi bisa membuatnya indah

Lalu selamat nikmati keindahan jangan sungkan membaca keindahan lebih banyak lagi dari sebuah puisi

18 Mei 2003, Kuantan, Pahang

Sajak di atas adalah sajak Aku yang diberi jodol “Kenapa Berpuisi?“ ditulis pada 18 Mei 2003 ketika Aku berusia 50 tahun. Dalam sajak tersebut jelas terfokus bahawa Aku menulis dari suasana berbahasa santai hingga ke berbahasa budaya tinggi?. Aku petik kembali sajak di atas - Puisi ini / indah dan boleh di karang dari mana saja / tanpa rasa bersalah / tanpa rasa takut membuat ulah / tanpa rosak, cacat atau terkelupas / Jika ini puisi / terkelupas dan cacat / atau rosak diksi / bisa membuatnya indah / Lalu selamat nikmati keindahan / jangan sungkan membaca keindahan / lebih banyak lagi dari sebuah puisi / – lalu apabila sajak ini dijadikan dalam tiga ayat, ia mampu menggambarkan 138 buah sajak dalam Kumpulan Sajak – AKU DALAM SAJAK.

AKU DALAM SAJAK 1

Aku masih bermuhasabah diri mempersoalkan dongengan masakini taksa saraf darah. Kenapa merah?

Sedang jawabnya aku temui dari surah Asy-syu’ara ayat 227: “ Kecuali (penyair) yang beriman dan beramal salih, Banyak mengingat Allah dan hanya membela diri sesudah dizalimi, mereka yang zalim akan mengetahui, bagaimana jadinya kesudahannya.”

O, taksa 6,666 saraf darah ditubuhku: Berdenyut nadi memberi perkhabaran semasa qiamulail aku muhasabah diri, O, Pernah suatu hari aku bertanya diri taksa sungai dalam sajak-sajakku: Arusnya adakah 6,666 saraf darah. Merah. Sedang aku diajar surah Asy-Syu’ara ayat 224: “Dan para penyair, Mereka diikuti orang-orang tersesat.” Dan sesekali aku mendongengkan sajakku tiap aksara aku cernakan musik bahasa intuisi hati dan akal, menjaring diksi, estetika gurindam seloka diri

Dan aku acap diberi peringatan. Dari surah Asy-Syu’ara ayat 225 - 226: Tidakkah kau lihat bahawa mereka mengembara di setiap lembah. Dan bahawa mereka mengatakan apa yang tiada mereka kerjakan?“ Makna berlapis kutusuk ke mata. Makna berlapis kutusuk ke mayapadamenafsir makna berlapis kutusuk ke mata menafsir makna berlapis kutusuk ke mayapada tiba-tiba marah! Murkakah Allah?

8 Ogos 1999, Sanggar Cempaka, Kuantan

Setiap kali Aku menulis, menulis, dan menulis sesebuah sajak dalam Kumpulan Sajak – AKU DALAM SAJAK – telah mengalami pelbagai proses baik luaran mahupun dalaman yang ditandai pelbagai jalinan proses kreatif setiap sajak-sajak itu, Aku seawalnya berusaha memahami mengenai hidup dan kehidupan sosial ‘AKU dan KeAkuanku’ yang bagi Aku digelar realiti kehidupan kognisi dan leitmotif. Tanggapan Aku, sebuah sajak yang baik, mantap, lugu, mulus, adalah terserlah paradigma ‘AKU dan KeAkuanku’. Sajak adalah proses hidup dan peri kehidupan sosial yang mampu menyampaikan segala aspirasi yang wujud. Baik ianya wujudiah dalam diri ‘AKU dan KeAkuanku’ mahupun gejolak yang ada di tengah-tengah masyarakat yang mana antara ‘AKU dan KeAkuanku’, masyarakat adalah wujudiah dalam suatu lingkungan sosial. Pada waktu Aku bertemu dengan segala kepahitan, kegelisahan, kesengsaraan dan kehancuran dalam perjalanan hidup Aku dari sejak lahir (sebagaimana diceritakan oleh nenek, ibu dan rakan-rakan akan peristiwa-peristiwa Aku semasa kanak-kanak dan remaja) hingga tumbuh sebagai pengalaman batiniah dan lahiriah Aku sejak mula menulis sajak sekitar tahun 1972 hingga kini, saat itulah Aku kadangkala dalam suasana sedar, adakalanya lupa diri, terhadap peranan dalam hidup ini yang tumbuh pelbagai kerangka berfikir untuk masa depan, dan ketika-ketikanya kerana terlalu taksub kepada sajak, boleh lupa kepada keluarga. Syukur, kerana ada teras kekuatan batiniah dan keteguhan iman, Allah itu adalah Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Mengasihani dan Yang Maha Adil, doa dan taqwa adalah ramuan paling bermakna dalam pencernaan setiap sajak yang diciptakan berpasakkan kekeluargaan Orang-Orang Rawa (Rao).

‘AKU dan KeAkuanku’ tidak boleh mengelak dari pelbagai peristiwa kehidupan peribadi selama seseorang manusia hamba Allah itu hidup bernafas, berfikir, bertindak dan dibesarkan oleh pelbagai permasalahan duniawi terutama membabitkan kemanusiaan itu sendiri. Begitu juga Aku, pelbagai peristiwa kehidupan dan kemanusiaan itu adalah bahan perenungan, penelaahan, dan penciptaan setiap sajak-sajak Aku. Sebelum Aku menulis sesebuah sajak, setiap apresiasi dalam menghubung-jalinkan peristiwa kehidupan dan kemanusiaan baik secara tamsil-tamsilan atau terang-terangan berjelas, Aku membuat penilaian atau memberikan suatu tanggapan yang tepat, pasti akan makna dan dampaknya sesuatu peristiwa kehidupan dan kemanusiaan itu. Pengalaman adalah suatu perkara yang sangat penting bagi Aku untuk mengetahui secara aktual setiap peristiwa kehidupan dan kemanusiaan, melalui kuasa deria iaitu penglihatan, pendengaran, pembauan, perasaan, penghayatan disamping membaca buku-buku ilmu bantu dalam bidang-bidang tertentu terutama komunikasi, sains gunaan, sains sosial, sastera, bahasa, psikologi, politik, ekonomi, Islamik, kesihatan, teknik berfikir dan motivasi serta pendidikan sepanjang hayat, yang mana semuanya akan diadun dan dituangkan ke dalam acuan proses penciptaan sajak ‘AKU dan KeAkuanku’.

Sehingga pada suatu ketika Aku telah memiliki lebih 5,000 judul buku dalam pelbagai bidang di Mini-Pustaka di rumah Aku yang mana telah dibeli dan dibaca sejak tahun 1972 hingga kini. Perujukan di pelbagai perpustakaan, pembacaan pelbagai akhbar dan majalah juga adalah pengalaman penting dapat membantu Aku dalam penafsiran setiap peristiwa, sehingga akan Aku alami suatu tenaga dalaman yang unggul sehingga akan wujud refleksi inspirasi. Dan pengalaman sebegini bagi Aku amat dominan untuk membentuk sesebuah sajak.

Habitat Aku sejak tahun 1972 hingga kini, menjadikan kegemaran mencatat, baik catatan realiti mahupun sebagai kesan dalam sanubari, dan habitat ini telah menimbulkan integriti antara diri Aku dan peristiwa realiti kehidupan dan kemanusiaan itu. Oleh kerana itu dalam proses kreatif penciptaan sesebuah sajak, unsur pengalaman sangat penting, baik unsur pengalaman itu dirasai sendiri oleh Aku ataupun melalui pengalaman dari penglihatan, pendengaran, pembauan, perasaan, penghayatan disamping membaca buku-buku ilmu bantu dalam bidang-bidang tertentu.

Amat malang bagi diri Aku, pada 30 Mac 2004, rumah Aku telah terbakar akibat litar pintas dan lebih 3,000 judul buku-buku rujukan pelbagai bidang musnah dijilat api termasuk buku-buku rujukan sastera sekitar 1,800 judul baik berbahasa Malaysia, Indonesia, Jepun, China, India, Arab, Inggeris, Peranchis dan Jerman.

Aku pernah diberitahu bahawa: Sajak adalah bentuk karya sastera yang mengungkapkan fikiran dan perasaan penyair secara imaginatif dan disusun dengan mengkonsentrasikan semua kekuatan bahasa dengan pengkonsentrasian struktur fizikal dan struktur batinnya. Bagi Hawkes, beliau mengatakan bahawa semua unsur sastera yang murni seperti pola-pola bunyi, rima, ritme, meter, pemakaian bunyi bukan ‘mewakili’ makna kata sebagaimana di dalam kamus, tetapi sebagai suatu unsur yang bermakna sebagai kehadiran dirinya sendiri. Menurut Samuel Taylor Coleridge bahawa sajak adalah kata-kata terbaik dalam susunan yang terbaik.

Dan sekitar 1972 Aku mula belajar menulis sajak, itupun kerana minat yang mendalam terhadap sajak-sajak karya Amir Hamzah, Chairil Anwar, Usman Awang, A.Samad Said, Masuri SN, Noor SI, M.Ghazali dan A.S.Amin. Buku rujukan Aku waktu itu ialah ‘Puisi Moden’ tulisan Masuri SN yang dibeli awal tahun 1969 dan dibaca ketika Aku bersekolah dalam tingkatan empat di Sekolah Menengah Clifford, Kuala Lipis.

AKU DAN KEAKUANKU:

PARA filsuf dan penyair tidak henti-henti menafsirkan AKU. Dengan riang para penyair atau para pencinta sajak menerima berkah dari langit ini, bahwa di samping filsafat, sajak merupakan medan tafsir tentang AKU paling tua dalam historisiti manusia. Jika filsafat dimulai oleh Thales (Bertrand Russell, A History of Western Philosophy, 1995:3) maka sajak pada mulanya adalah onomatopia (FM Ford, The March of Literature: From Confucius to Modern Times, 1947:22). Boleh dikatakan bahwa onomatopia, nenek-moyang sajak itu, adalah “bahasa pertama” umat manusia.

Ada suatu lingkaran eksplorasi, suatu fitrah, dalam sajak: yang bersahaja akan menuju perumitan dan suatu ketika akan kembali kepada kebersahajaan.

Pencapaian tertinggi estetika sajak adalah ketika kata-kata hadir seminimum mungkin yang menawarkan makna semaksimum mungkin. Dalam tradisi kesusasteraan Jepun, puncak kualifikasi kepenyairan seseorang adalah ketika ia telah menjadi penempuh jalan haiku; di bumi Melayu semakin sederhana sampiran suatu pantun akan semakin berharga ia bagi isi, bagi makna. Bukan hal aneh jika pada suatu saat manusia merindukan bahasa pertama mereka. Begitulah, penampakan jenis arkib onomatopia masih dapat kita kenali dalam seni pertunjukan etnis-tradisional mahupun kosmopolitis-moden (atau gabungan keduanya) yang bertumpu pada etos peminimuman kata-kata dan pengoptimuman kekuatan gerak dan bunyi. Kita dapat menemukannya pada musik Gipsy, tarian Jawa klasik, tari Sewang masyarakat kaum Asli dan estetika teater kuno Jepun. Kita juga masih dapat menemukannya pada gerak tari kecak di Bali dan bahkan pada beberapa teater moden yang dikatakan sebagai “teater mini kata” Rendra atau HM Aziz dengan akting tanpa bicara kecuali lenguh atau desis atau geram itu.

GLOBAL BERWARNA LOKAL:

PERADABAN Melayu Hadhari mencecah glokal lalu berkembang, dan bahasa mengalami perumitan. Pemikiran, afeksi, dan pengalaman kolektif AKU dan KeAkuanku mengalami perluasan. Sajak dituliskan. Ia bukan lagi semata-mata peniruan bunyi dari ekspresi yang diungkapkan. Pada bentuknya yang paling awal itu, sajak dapat ditemukan dalam berbagai khazanah susastera lama, dari China, Mesir, Arab, hingga suku-suku Indian-Amerika.

Sementara itu, onomatopia berubah bentuk menjadi rima, suatu langkah linear penafsiran atas bahasa, dan kemudian menempatkan dirinya sebagai unsur intrinsik penting dalam sajak. Orang Rom menulis sajak dengan irama „o“ yang diikuti „o-o“ seperti dalam baris sajak Virgil yang murung berikut ini: Infandum regina Jubes renovare d(o)l(o)rem. Et qu(o)rum pars magna fui quis talia fando. yrid(o)num, d(o)l(o)pum. Orang Peranchis menulis sajak dengan rima akhir re dan ent atau eux dan er sebagai salah satu bentuk dari pola sajak moden-awal yang dalam pantun dikenal dengan pola akhir a-b-a-b, a-a-a-a, dan sebagainya.

Dalam ruang lingkup yang lebih sempit, onomatopia juga mendorong kelahiran prosodi atau ilmu persajakan. Ketika Thales atau seseorang berfikir pada dasarnya ia sedang berfikir tidak perihal berfikir itu sendiri, melainkan tentang sesuatu. Begitu pun ketika Aku menulis sajak pada dasarnya Aku sedang menulis bukan perihal sajak itu melainkan tentang sesuatu yang samara, kelam dan misterius.

Ketika filsafat klasik mulai bergerak ke arah eksplorasi mikrokosmos, tafsir tentang AKU menjadi pintu masuk dari suatu arus besar idealisasi tentang manusia. Jika sebelumnya pemberi tafsir itu adalah mutlak para dewa, melalui sajak, oleh Homer, masih dalam semangat tradisi Orfisme, tafsir itu direbut dan diberikan kepada manusia sendiri. Bagi Homer, dewa-dewa cuma segerombolan pemalas yang hidup dari memungut sewaan dan upeti atas umat manusia, banyak makan dan tertawa, tidak bekerja, dan sesekali mengancam dengan petir atau bencana. Era salvasi model Promethean dan Heraklian, bahwa hanya dewa atau makhluk separuh dewa yang dapat menyelamatkan manusia, usai sudah. Saatnya telah tiba bagi Ulysses (versi Homer), Gilgamesh (versi hikayat), dan hero-hero lain untuk menyelamatkan kaum mereka sendiri. Tubuh dan jiwa mereka seluruhnya manusia.

Dalam sajak epik yang menurut Octavio Paz (The Other Voice: Essays on Modern Poetry, 1991:10) merupakan asal-muasal extensive poem, menjadi hero atau bukan hero adalah signifikan. Demikianlah ketika Dante menulis Divine Commedy dan melakukan perjalanan mitos, epik dan religius menembus sempadan-sempadan inferno-furgatorio-paradiso, sajak pun mengalami revolusi. Tradisi Orfisme diputuskan seluruhnya. Jika dalam tradisi Homerian AKU DALAM SAJAK bukanlah AKU-penyair melainkan AKU-yang-lain, suatu AKU-hero yang diciptakan, dalam tradisi Dante yang melakukan perjalanan itu tidak lebih seorang pendosa yang adalah penyairnya sendiri: AKU-Dante.

Kerajaan dewa sudah runtuh. Jadi, AKU yang heroik, yang diberi jubah maksum dan luhur itu, tidak diperlukan lagi. Lagi pula bukankah sebagai manusia kita diciptakan tidak dengan keharusan menanggung beban keagungan (dan kesialan) seorang hero?

Subjektivisme dalam filsafat moden memposisikan AKU sebagai konsep paradigmatik yang seluruhnya merupakan emanasi ego. AKU dikembalikan kepada tubuh dan daging, otak dan rasa, kekuatan dan kelemahan. Pada dasarnya manusia dilahirkan bukan sebagai makhluk stoik atau frigid. Ia juga bukan robot atau android. Ia dapat panas dan terluka, murung dan bahagia, merenung dan tertawa, sombong dan patah hati, berdarah dan menangis.

Oleh sebab itu, dalam pandangan Aku, ia mungkin saja AKU yang berfikir (dalam tradisi Cartesian), absolut (Tolstoy) bahkan absolument modern (Rimbaud), khudi atau a unique I (Iqbal), AKU yang anti-klimaks, parodik dan steril (T.S. Eliot), yang melawan (Camus) dan setia memberi makna pada sesuatu yang sia-sia (Goenawan Mohamad).

Pada sisi yang lain, ia mungkin juga aku yang bebas bagai rakaman kamera kerana l’homme n’est rien d’autre que ce qu’il se fait, bahwa manusia adalah sebagaimana ia menjadikan dirinya sendiri (dalam tradisi Sartrean), yang liar dan me-ngiau (Sutardji Calzoum Bachri), demokrat, hopeful dan optatif (Whitman) serta dunia sajak Tri-V (A.Ghafar Ibrahim). Dan pada sisi yang lainnya lagi, ia boleh jadi AKU yang das Heiligste und Mdchtigste, yang paling suci dan paling hebat (dalam tradisi Nietzschean), binatang jalang (Chairil Anwar) yang riang (Byron) dan murung (Keats), yang bernyanyi dan berdoa (Taufiq Ismail), dan mencintai bukan negeri kelahiran (Neruda) melainkan negeri yang justeru mengusirnya (Brodsky).
Subjektivisme telah membawa sajak pada semacam kerendahan hati namun kadang-kadang kepongahan hati (tergantung karakter dan intensi penyair) untuk mengeksplorasi AKU hingga pada kemungkinannya yang paling muskil. Di sinilah, pada hemat saya, letak sumbangan tidak putus-putus sajak bagi kita dan bagi umat manusia, iaitu bahwa pada hakikatnya kualiti sajak adalah kualiti kemanusiawian.
Menemukan AKU dalam perspektif kualiti kemanusiawian adalah kegelisahan semua penyair termasuklah diri Aku, dengan cara, intensiti, dan martabatnya masing-masing. Sampailah kita pada hukum lain sajak: bahwa sajak dapat didekati mula-mula dengan, tetapi tidak mungkin berhenti semata-mata pada, kajian objektif prosodi. Di luar semua penjara aksiomatik genre susastera dan kritik, sajak merupakan perjalanan AKU penyairnya. Dari sudut pandang itu pula mendekati sajak, apakah dengan berlindung di balik alasan objektivisme-empiris atau rasionalisme-spekulatif, dengan, misalnya, menggunakan semata-mata kerangka pemikiran intrinsik-tematik atau memberinya kewajiban untuk memiliki “global berwarna lokal - glokal” dan kekinian, menjadi terlihat kekanak-kanakan.

Emanasi ego dalam kualiti AKU yang berfikir, absolut atau absolument modern, yang unik, anti-klimaks, parodik dan steril, yang melawan, setia memberi makna pada sesuatu yang sia-sia, yang bebas, liar dan mengiau, suci dan hebat, yang binatang jalang, demokrat, hopeful dan optatif, yang riang, yang Tri-V atau murung, yang bernyanyi dan berdoa, yang mencintai atau tidak mencintai suatu negeri, dan berbagai kemungkinan eksploratif kualiti kemanusiawian lainnya, pada hemat Aku, muncul mula-mula dalam sajak sebagai presentasi AKU-penyair. Momen imaginasi, momen puitik dan momen bahasa, membawa Aku pada suatu keadaan untuk menafsirkan AKU dalam dirinya terus-menerus.

Subjektivisme dalam filsafat, pada satu sisi, merupakan latar bagi kegelisahan subjektiviti AKU-penyair dalam sajak, pada sisi yang lain. Ketika kegelisahan itu melebar ke wilayah spasi-temporal keAkuanku yang lebih luas, kegelisahan subjektiviti AKU-penyair berubah bentuk menjadi kegelisahan subjektiviti AKU-kolektif.

AKU DALAM SAJAK:

PENAFSIRAN AKU secara mentubi dalam sajak, dengan demikian dapat dibaca seperti ini: sajak diasumsikan memiliki kecerdasan imaginasi dan kesedaran yang terukur untuk menarik AKU sebagai the-first singular person ke dalam ruang paradigmatik yang lebih luas sebagai the-first plural person dan mengeksplorasinya habis-habisan. Itulah sebuah AKU yang bertransformasi: bahwa AKU DALAM SAJAK, dengan seluruh kualiti kemanusiawiannya, memiliki segala kemungkinan untuk menjadi kami atau kita di luar sajak; bahwa AKU-pendosa dalam Divine Commedy bukan tidak mungkin AKU-kita yang enggan kita akui dan oleh kerana itu diungsikan jauh-jauh ke sebuah tempat paling gelap dalam hati kita; AKU yang binatang jalang dalam sajak Chairil Anwar boleh jadi AKU-kita juga, meskipun tidak terbuang dari kumpulannya, tidak meradang, tidak menerjang, tidak pula mahu hidup seribu tahun lagi?

Dalam kumpulan sajak ini terdapat 19 buah sajak menggunakan jodol AKU DALAM SAJAK. Kenapa 19? Dari peristiwa kepada sejarah. Dari sejarah kepada ungkapan. Dari ungkapan berpindah kepada angka-angka. Aku mulai membaca secara aktif karya sastera termasuk esei, novel, cerpen dan puisi ketika usia 19 tahun pada tahun 1972. Dan Aku mula belajar menulis sajak, itupun kerana minat yang mendalam terhadap sajak-sajak karya Amir Hamzah, Chairil Anwar, Usman Awang, A.Samad Said, Masuri SN, Noor SI, M.Ghazali dan A.S.Amin. Buku rujukan Aku waktu itu ialah 'Puisi Moden' tulisan Masuri SN yang dibeli awal tahun 1969 dan dibaca ketika Aku bersekolah dalam tingkatan empat di Sekolah Menengah Clifford, Kuala Lipis. Hasil dari pembacaan terhadap buku itu Aku berjaya menghasilkan dua buah sajak yang awal iaitu 'Atas Alamat ‘ dan 'Sinar Kemana Dibawa' yang tersiar dalam majalah sekolah, Cliffordian Vol.XXIV Bil.1 1970:

ATAS ALAMAT

Jika jadi benda aneh di mana dia orang kata pembukaan kubur dan pergi mati, atau akhirat terjadi kandungan dan kelahiran ini alamat bukan mukjizat suasana pelancungan buatan masa kekuatan menawan helaian fikiran seperti itu lagi, adanya anasir segan

13 Mei 1969, Kuala Lipis

SINAR KEMANA DI BAWA

Dunia runcing dan hati dilebur bimbang atas kuasa pura-pura KEMARAHAN bersemai hati nadi

Senja tua diragut KESILAUAN bertanya pada Tuhan berapa lama dunia hangus dalam biduk hati dan PEPERANGAN

Paginya merah di tanah KEBANGKITAN hadiah hari lahir untuk detik terakhir

Kemari bertemasya sambutan hati dibelai cinta murni bersemadi

TEKAD BEBAS MERDEKA adalah cita-cita dan tegaklah cinta CINTA CINTA SINAR KEMANA DIBAWA

18 Mei 1970 Kg Gali Hilir, Raub

Bagi Aku, peristiwa 13 Mei, 1969 amat bermakna dan amat menyentuh rasa ketika itu, lalu Aku mencipta puisi 'Atas Alamat'. Dan antara budaya perang dan budaya aman damai membuatkan gejolak jiwa remaja Aku dapat mencetuskan antara cita-cita dan cinta dalam dua dunia yang saling bertembung melalui sajak 'Sinar Kemana Dibawa'. Aku adalah seorang anak yang malang, ayah dan ibu telah bercerai sejak Aku berusia 14 hari selepas 11 Ogos 1953 (Aku dilahirkan di Estet Selborne, Padang Tungku, Lipis kemudian dibesarkan oleh nenekku di Kampung Kuala Telang, Lipis), dan sejak itu tangan nenekku, Hendon dan datukku, Busu memelihara Aku di sebuah kampung di pinggir Sungai Jelai, iaitu Kampung Kuala Telang, Mukim Telang dalam daerah Lipis dalam serba kesusahan dan penderitaan. Dua sajak di atas Aku taip dengan menggunakan mesin taip yang dipinjam daripada Ustaz Idris Uda, iaitu guru agama Aku yang tetap dikenang hingga sekarang. Bermula dari mesin taip Ustaz Idris itu memberi motivasi yang amat kuat menjadikan Aku seorang penyair.

Selepas dua buah sajak itu, Aku lebih banyak membaca buku-buku sastera terutama sajak disamping terbabit secara aktif dalam Perkumpulan Penyair PENA yang diterajui oleh A.Ghani Abdullah di Kuala Lumpur sekitar tahun 1971 dan 1972. Aku bertugas dengan Lembaga Letrik Negara (LLN) sejak 1972, dan Aku giat menulis sajak dan disiarkan dalam majalah kakitangan terbitan LLN - Majalah Tenaga. Waktu itu Aku menulis apa sahaja tema bagi sajakku, dan selepas menulis, menghantar karya, hadir dalam pelbagai bengkel penulis, pertemuan penulis baik anjuran PENA, DPMP dan GAPENA, baru pada tahun 1977 sajak Aku mendapat perhatian oleh Editor majalah Dewan Sastera dengan menyiarkan sajak-sajak 'Gua Bama' dan 'Gua Bama II'.

Kemudian barulah akhbar Berita Minggu, Mingguan Malaysia, Utusan Zaman, Watan; majalah-majalah Widya, Wanita, Mastika, Dewan Masyarakat, Dewan Budaya, Sarina, Alam Wanita, dan lain-lain menyiarkan sajak Aku. Tempoh pengeraman dari 1971 dan mencanai karya sejak tahun 1972 itu hanya membuahkan hasil enam tahun kemudian, iaitu tahun 1977. Dan tempoh inilah bertubi-tubi percubaan Aku cuba mendapat perhatian Editor pelbagai akhbar dan majalah disamping melalui pelbagai pengalaman yang dirasai sendiri oleh Aku ataupun melalui pengalaman dari penglihatan, pendengaran, pembauan, perasaan, penghayatan disamping membaca buku-buku ilmu bantu dalam bidang-bidang tertentu. Bukan mudah bagi penyair seperti Aku yang tumbuh dari masyarakat agraria, dan bukan penyair yang diasuh di menara gading untuk mendapat tempat di hati Editor akhbar dan majalah di negara ini. Seingat Aku, mula rancaknya penciptaan puisiku adalah selepas menyertai Perkumpulan Penyair Pena di Kuala Lumpur, dan tahun 1971 itu Aku menabung dan dapat membeli sebuah mesin taip 'second hand' jenis Royal. Hanya pada tahun 1977 saya membeli mesin taip yang baru dan digunakan sehingga ke tahun 1984, dan kemudian, saya mula menggunakan Komputer Peribadi bermula dari Sistem XT, diubahsuai kepada AT, dan ditukar kepada Sistem 286 dan Sistem 386 dan kini menggunakan Sistem Pentium II, Sistem Pentium III dan Sistem Pentium IV. Kini Aku lebih selesa mengguna komputer dari jenis 'Note Book' mudah alih. Dan Aku memulai dengan angka ganda 19. Aku mahir rnenggandakan angka 19 itu yang bermakna bagi tempoh masa 19 tahun yang berkait dengan peristiwa sejarah yang mengitari diri, keluarga dan negara. Muncul tahun 1897 di mana moyang Aku bernama Lebai Ibrahim datang dari Pagarruyung, Batu Sangkar, Sumatera Barat dalam zaman Perang Paderi akibat perebutan kuasa dalam istana dan lari dari buruan Askar Belanda dan tiba di Kampung Lepar, Dong, Raub, Pahang membuka perkampungan. Kemudian dicampur 19 = 1916. 1916 + 19 = 1935. 1935 + 19 = 1954.1954 + 19 = 1973. 1973 + 19 =1992. 1992 + 19 = 2011. 2011 + 19 = 2030. Apakah tahun 2030 Aku akan berusia 77 tahun mungkin sebagai akhir hayat AKU. Aku pasrah kepada kekuasaan ALLAH. Aku sekadar mampu mencatatkan angka-angka 1916, 1935, 1954, 1973, 1992, 2011 dan 2030 dan terpulang kepada pembaca untuk berkongsi penafsiran apa peristewa yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku dipersekitaran diri Aku.

TATKALA ANAK-ANAK SAJAK LAHIR: TRAGIS MINDA SANG PENYAIR

Sajak demi sajak dilahirkan tanpa darah ibu, setelah aku percaya anak-anak sajak sudah mampu aku lepaskan ke minda pembaca melandasi kehidupan merdeka dan dewasa, berdosakah aku orangtuanya letih mengawasi gerak dan tandak anak-anak sajak dan melontarkan bela diri ketika bertalu apresiasi atau tuduhan kadangkala di luar keadilan kerana pembaca bersifat, berperilaku, dan bertanggapan berbeda-beda? Tatkala aku melepaskan anak-anak sajak dari minda, sebagai orangtua, aku insaf dengan realiti dunia apresiasi terkadang sadis dan kejam amat dan tanpa olah rasa. Pasti aku tidak rela anak-anak sajak pulang terisak dan meratap, walaupun tangisan itu cermin media pembelajaran dalam melahirkan anak-anak sajak yang baru.
Tatkala berapresiasi atau menilai anak-anak sajak sendiri, apakah aku memang akan membedah, meningkatkan nilai dan berinovasi bagai sajak hebat di dunia. Malangnya aku seringkali gagal menilai anak-anak sajak menjadi baik dan hebat. Adakalanya aku menilai sajak dilahirkan tanpa ibu berasa malu amat. Mungkin prabawa waktu, kematangan, dan kesedaran alamiah. Sesekali aku tangkas berkata pada diri, “Sekarang, aku merasa sangat malu membaca anak-anak sajak tempo dulu.” Kenapa aku berasa malu, kerana, anak-anak sajak itu sebagai karya tulis sedikit sebanyak berjelas mempamirkan “siapa” aku diri. Inikah tragis minda sang penyair. Padahal, aku akui, tempo dulu anak-anak sajak itu aku banggakan apabila tercetak di akhbar dan majalah.
Tatkala anak-anak sajak lahir: tragis minda sang penyair, aku percaya juga pembaca percaya nilai dosa pahala setiap perlakuan manusia, melahirkan anak-anak sajak tergolong salah satu bentuk perlakuan berpengaruh baik atau buruk pada manusia lain, aku tentunya tidak menulis karya berpengaruh buruk pada orang lain, dan pembaca tentu tidak akan menilai karya berpengaruh buruk itu sebagai karya terbaik. Alam mindaku seringkali diperingatkan sabda Nabi Muhammad s.a.w, “ Ada tiga golongan orang diberi syafaat baginda di hari pasca-kiamat. Salah satu golongan itu adalah penyair mencerahkan hati manusia”.

Di atas adalah sebuah sajak Aku yang diberi jodol TATKALA ANAK-ANAK SAJAK LAHIR: TRAGIS MINDA SANG PENYAIR. Sajak ini bercerita mengenai tanggungjawab seseorang penyair itu kepada sajak-sajak yang dihasilkan, apakah sesuai dibedah, dibedah sehingga menampakkan sajak itu sempurna. Walaubagaimanapun, sajak tidak pernah menjadi sempurna kerana hasakan waktu dan perubahan kerangka berfikir Aku, sajak itu masih boleh dibedah, dibedah sehingga Aku berpuashati, itulah garapan sebuah sajak yang siap sempurna buat sementara itu. Apabila sajak di baca kali berkali, perubahan kepada struktur dan jiwa sajak tetap akan terjadi. Tidak berapa lama dahulu Aku pernah diwawancara oleh Sdr Imlan Adabi dan disiarkan dalam akhbar Berita Harian. Antara soaltanya Sdr Imlan ialah: “ Saudara menulis puisi sejak 1976 dan kini terus bertahan. Apakah rahsia stamina Sdr sedangkan ramai penulis generasi 70-an lain sudah lama bersara daripada dunia sastera? “

Jawaban Aku kepada soaltanya Sdr Imlan itu ialah, “ Saya masih aktif menulis dan tetap bertahan. Rahsia stamina itu tidak ada. Bagi saya, bila celik mata, selepas selesai berdoa setiapkali menyelesaikan solat, ilham datang menujah ke dalam minda bagaikan salju turun bertebaran dari langit memasuki ruang pemikiran saya. Pada setiap masa saya mengandaikan diri saya melalui proses belajar, belajar, belajar, mencari, mencari, mencari, menulis, menulis, menulis, dalam kembara yang panjang ini saya terus menulis. Cuma sejak tahun 1999 saya tidak lagi menghantar karya baik puisi atau cerpen ke media cetak. Tetapi saya tetap menulis. Jika ada rakan-rakan dari media cetak yang meminta karya, saya akan hantar untuk terbitan akhbar atau majalah kelolaan mereka. Dalam tempoh itu hingga kini, saya aktif menulis dan menyiarkan karya melalui medium internet. Semasa Perang Iraq kali kedua, saya berjaya menulis 25 buah puisi panoramik kisah perang berkenaan. Dan saya juga sedang menyiapkan siri puisi narasi ‘Aku Dalam Sajak’ yang kini telah selesai 19 siri. Karya puisi saya boleh dilayari di http://ariselba.blogspot.com. Dalam menulis di internet, saya memiliki lamanweb peribadi dan boleh dilayari di http://ariselba.freehomepage.com\index.html. Atau http://ariselba.cjb.net ”

Dalam Antologi Sajak AKU DALAM SAJAK ini menggabungkan dua bahagian iaitu AKU DALAM SAJAK dan PAMFLET DARULMAKMUR yang telah ditulis dalam bentuk sajak lirik, narasi, panoramik dan sajak persejarahan, patriotik dan nasionalisme, ke arah pembentukan identiti khas sebagai penulis sajak lirik dan patriotisme.
Dalam bahagian AKU DALAM SAJAK, terdapat 42 puisi yang dirumus oleh Sdr Nanang Suryadi sebagai berikut:
BIOGRAFI PENYAIR

buat: arisel ba

Puisi telah mengalir dalam tubuh Sebagai darah

Helaan napas Ketukan jemari Menuju Yang Satu: Allah

Di balik kata ada hikmah Asam garam kehidupan Juga kenangan pada: nenek, ibu, ayah dan guru

Ada seorang menulis sajak Ia menuliskan hidupnya yang puisi

Nanang Suryadi 1999, Depok, Jakarta

Dalam bahagian AKU DALAM SAJAK, tampil dengan jelas Aku cuba melarikan gaya penulisan sajak yang biasa kepada penulisan sajak lirik dan narasi supaya identiti kepenulisan puisi Aku benar-benar dapat menemui acuannya.

Sebagaimana kata Drs Ramli Isin, " dan juga Arisel Ba, sama ada dalam konteks mengangkat sesuatu isu itu untuk menjadi pemikiran mereka mahupun menerapkan sesuatu teknik neratif bagi mengembangkan sesuatu isu yang sudah diolah dan dicernakan ke dalam bentuk pemikiran itu... Idea-idea ataupun isu-isu yang tersedia itu dikembangluaskan oleh penyairnya di samping menyelitkan idea, perspektif dan pemikiran baru penyair sendiri dalam usaha meleraikan dan menyelesaikan sesuatu isu dan permasalahan itu ke arah yang lebih wajar untuk dihayati dan difikirkan..." (Ramli Isin , Dewan Sastera, September 1998, hal. 78)

Dalam bahagian PAMFLET DARULMAKMUR, terdapat 96 sajak saya cuba membawa pembaca ke arahtuju SAJAK-SAJAK PATRIOTISME, NASIONALISME dan PERSEJARAHAN NEGERI PAHANG bergaul kisah-kisah mitos, lagenda lauda bersejarah hingga kepada suasana realiti negeri Pahang selepas 31 Ogos1957 hingga kini.

Sebagaimana tanggapan Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said, ... pada Arisel Ba jawapannya agak kelam. Membaca puisi-puisinya, kita seolah-olah bertembung dengan 'Gua Bama II' - sebentar kita merasa berada dalam dunia yang terang benderang, sebentar kita terhantar dalam dunia yang penuh asap dupa, tak tertemukan jalan pulang. Perhatikan dalam puisi 'Gua Bama II', kata Arisel Ba:

jika ada kijang emas terpanah dan patah kaki lalu menginap di gua gelap milikmu abadi

Kita tidak begitu jelas, sama ada gua itu yang menjadi milik kita, ataupun kijang emas yang terpanah itu. Tapi, kita pun tidak harus merasa kecewa jika tertinggal begitu saja, kerana penyair sendiri mengatakan:

segala rahsia tak pernah dicari kerana pencari sesat di hujung kaki

Bukan sahaja jawaban-jawaban Arisel Ba agak kelam, malah puisi-puisinya juga sebenarnya tidak semudah puisi Sahmad Malaya dan E.Tan Alauddin. Puisi-puisinya 'Bunga Lalang', 'Mentari Tumbuh', dan 'Ilu' kesemuanya terisi oleh tamsil-tamsilan. Misalnya kita ternampak 'bunga-bunga bimbang/bunga-bunga kejam', kita temui 'harimau' patah taring kembali 'ke gua' dan 'gelombang turut diam'; malah kita juga 'tampak mata keris berdarah/tertiarap di bumi gelisah'.

Semua ini nampaknya adalah cara-cara tertentu Arisel Ba menghayati reality kehidupan di sekelilingnya. Dan realiti ini seolah-olah tidak dapat disampaikan secara biasa. Kerana itulah juga, rasanya, Arisel Ba adalah penyair yang wajar diperhatikan lebih saksama lagi. Dalam kesamaran atau kelompok imageri ganjilnya, dia menghidupkan suatu suasana puisi yang menarik.

Nampaknya, Arisel Ba memang lebih memikat apakala dia cuba 'menghidupkan' kesamaran itu, sebab sebaik-baik dia berjelas seperti dalam 'Jerit Kota Jerih Desa' dan 'Nelayan Menjaja Nyawa', puisi-puisinya itu menjadi tawar dan biasa. Barangkali akar khazanah lama yang ada padanya perlu diberikan baju dan hati yang baru untuk puisinya lebih berwarna dan bercerita. ( Sasterawan Negara A.Samad Said, Kata Pengantar Antologi Puisi 'Di Luar Kerelaan' terbitan Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) 1987 )

Oleh itu Aku menyerah segalanya kepada pembaca untuk menentukan apakah sajak-sajak Aku itu sebagai sajak atau sekadar catatan dan monograf. Apapun, Aku ingin memanjangkan pendapat Beaugrande & Dressler (1986:1-12) “ Sajak Sebagai Linguistik Teks; mempunyai pelbagai ciri atau ukuran iaitu 'ketekstualan'....ada tujuh piawai ketekstualan yang mana daripadanya tidak dianggap dapat dipenuhi, teks itu dengan sendirinya tidak berunsur komunikasi....itu bertaraf bukan-teks, ketujuh-tujuh piawai ketekstualan ialah tetenunan, keteraturan, kesengajaan, penerimaan, kebermaklumatan, kesituasian, dan ketertekstualan.

Sajak Sebagai Wacana; sifatnya merupakan satu unit bahasa yang melebihi batas ayat atau ungkapan (atau ujaran dalam komunikasi) yang mungkin terdiri daripada ayat, sejumlah ayat atau ungkapan atau paragraf, atau stanza dalam teks puitik....di dalamnya terdapat hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berukuran (Asmah, 1980a:11) yang menunjukkan kesinambungan (Carson dlm Tarigan, 1995:32)....wacana puitik direalisasikan dalam bentuk ungkapan atau gabungan beberapa ungkapan yang utuh, paragraf, ayat atau kata yang membawa amanat interpretatif yang lengkap (Harimurti Kridalaksana, 1984:204)...." tetenunan merupakan konsep semantik yang merujuk hubungan makna antara satu unsur dengan unsur yang lain dalam teks" Halliday & Hassan(1976:286) ~ Arbak Othman (Jurnal Bahasa-DBP2001).

Apapun, Aku tetap dalam tradisi kepenulisan Aku, dan amat menghormati pendapat Rahman Shaari, "Walaupun ada orang berpendapat bahawa dengan 'poetic licence' (poetica licentia) seseorang penyair boleh memberontak terhadap tatabahasa, tetapi hakikat kesusasteraan tidak pernah membuktikan bahawa pelanggar tatabahasa mencapai kejayaan yang cemerlang. Baik karya puisi, mahupun karya prosa, tidak ada yang bermutu jika peraturan tatabahasa dilanggar oleh pencipta karya itu secara sewenang-wenangnya"

Tidak terlepas juga Aku memetik kata Dr Othman Puteh, “ Menyentuh soal tanggungjawab, pengertian pengarang dalam bahasa Inggerisnya ialah 'author' dan timbullah pula perkataan 'authority' iaitu dalam bahasa Melayu bermaksud wibawa atau kuasa. Maka cantuman kedua-duanya menjadi; pengarang yang berwibawa dan berkuasa....pengarang (author) mempunyai kuasa/wibawa (authority)....apabila berkarya, seorang yang dianggap pengarang menunjukkan sikap ketelitiannya sehingga hasil kerja itu tidak lagi boleh dipersoalkan....dia cukup menguasai kerjanya...."

Rumusan, Aku berbalik kepada sajak yang ditampilkan pada permulaan pengantar ini, iaitu: TATKALA ANAK-ANAK SAJAK LAHIR: TRAGIS MINDA SANG PENYAIR yang berkisah tentang tanggungjawab seorang penyair kepada sajak yang dihasilkannya itu.

Sebagai perlengkap pengantar ini, Aku ingin menceritakan sedikit pengalaman Aku dalam proses kepenulisan sajak Aku. Dulu, ketika baru belajar menulis, Aku seringkali terpesona oleh gaya bahasa penulis yang bukunya baru Aku baca, dan ini berpengaruh besar pada tulisan yang sedang Aku garap. Aku pernah meniru gaya bertutur Hilman Hariwijaya (penulis cerita Lupus), Gunawan Muhamad, Putu Wijaya, bahkan Mira W. Begitu juga Dr. Usman Awang, A.Samad Said, A.Samad Ismail, Dr. Shahnon Ahmad, Abdullah Hussein, Mohd. Affendi Hassan, Dr. Anwar Ridhwan, T.Alias Taib, Dr Muhamad Haji Salleh, Dr. Kemala, Baha Zain, A.Latiff Mohidin dan ramai lagi.

Bagi seorang penulis pemula, meniru gaya bertutur penulis idola Aku adalah hal biasa. Menurut Aku, ini sah-sah saja, asalkan niatnya adalah dalam konteks belajar.

Namun jika saatnya tiba, setiap penulis seharusnya memiliki gaya atau karakter masing-masing. Jangan sampai Aku berterusan meniru gaya penulis lain, sehingga Aku hanya dikenal sebagai pengekor yang tidak kreatif.

Untuk menemukan karakter yang terbaik dengan diri Aku, memang jalannya tidak singkat. Aku perlu latihan dan pengalaman yang tidak sedikit. Trik cuba-cuba pun perlu Aku tekuni.

Aku sendiri, terus terang, perlu waktu yang sangat lama untuk menemukan karakter yang khas. Di awal karier kepenulisan Aku, Aku banyak membaca buku-buku Putu Wijaya, Budi Dharma, Danarto, A.Samad Said, Shahnon Ahmad, A.Samad Said, WS Renda, Sutarji Calzoum Bakri, Sapardi Joko Darmono dan para penulis terkenal lainnya. Jadi gaya bertutur Aku pun tidak jauh-jauh dari gaya Putu, Budi dan Danarto dan teman-temannya. Gaya seperti ini banyak Aku gunakan pada karya-karya Aku terutama cerpen.
.
Beberapa tahun kemudian Aku rajin membaca karya-karya Seno Gumira Ajidarma, Kuntowijoyo, Anwar Ridhwan, Othman Puteh, Emha Ainon Najib dan Afrizal Malna. Aku begitu menyukai gaya bertutur mereka, hingga akhirnya Aku "mengahwinkan" gaya mereka itu menjadi gaya khas Aku, yang Aku sebut sebagai gaya "lancar bikin ketagihan". Maksudnya, kelancaran bertutur langsung Aku mulai dari kalimat pertama. Dengan kata lain, pembaca langsung tertarik dan penasaran untuk membaca tulisan itu hingga tamat.

Jika sesiapa mahu mengasah bakat sebagai penulis sajak pemula yang merasa belum memiliki karakter yang khas, mulailah berlatih dari sekarang. Jangan putus asa ketika kita dituduh menciplak dan tidak kreatif. Suatu saat nanti, yakinlah, kita akan tampil menjadi diri sendiri.

Aku pernah bersoal tanya mengapa orang membandingkan otak dengan komputer? Sebabnya, Aku mendapati bahawa memprogram kedua-duanya untuk melakukan berbagai tugas akan menghasilkan kreativiti yang paling maksimum. Program dalam otak Aku untuk menulis sebelum Aku tidur setiap malam. Alam bawah sedar Aku dapat benar-benar menjadi pemandu untuk menulis lebih baik. Inilah langkah demi langkah penulisan yang sedang Aku amalkan sambil bermimpi!
1. Sebelum pergi tidur, Aku memikirkan beberapa topik yang telah Aku lakukan perenungan untuk ditulis lebih mendalam akhirnya. Topik itu biasanya hal-hal yang kerap muncul dan Aku lazimnya tidak cukup waktu untuk memikirkannya lebih jauh lagi. Biasanya Aku memikirkan minimum tiga ide atau topik dalam sesuatu masa.
2. Aku selalu katakan pada diri Aku sendiri bahawa Aku akan memimpikan topik-topik tersebut, sehingga Aku dapat menggali sepenuhnya. Aku katakan pada diri sendiri bahawa Aku akan mengatasi masalah apa saja yang mungkin timbul sehubungan dengan topik-topik ini, dan memproses informasinya. Aku melakukan hal ini tepat sebelum waktu tidur. Aku memikirkan gagasan-gagasan tersebut beberapa kali, juga pada waktu sebelum Aku terlelap lena.

3. Ketika berada di tempat tidur, Aku memikirkan lagi topik-topik tadi, ( sampai empat kali) bagi pendorong diri Aku untuk membayangkan bagaimana nanti akan menuliskannya. Aku akan mempastikan bahawa Aku mempunyai pena dan kertas berdekatan dengan Aku kalau-kalau terbangun pada malam hari atau ketika pagi tiba.

4. Angan Aku selalu jauh melayang ke pulau dan lautan dan sambil menunggu alam bawah sedar untuk Aku menulis serta berbicara untuk sebuah karya.

5. Ketika Aku terbangun, Aku lazimnya mengamati gagasan-gagasan Aku itu dengan saksama, dan menuliskan apa saja yang timbul dalam benak kalbu. Aku tetap menulis walaupun Aku anggap hal itu tidak terlalu penting. Inilah waktu yang tepat untuk menulis secara bebas atau benar-benar membedah pemikiran. Bila Aku bermimpi, Aku dengan tangkas memasukkan informasi yang ada. Bila Aku mempunyai kesan yang hebat, gambaran yang mengejutkan, atau pemikiran yang aneh, Aku akan pastikan semuanya juga tercakup dalam catatan Aku itu.

6. Bila tiada gagasan yang muncul, tidak apa-apa. Jangan gelabah wahai hati. Nanti, mungkin sekali topik-topik itu terselesaikan dengan sendirinya. Bila memang ada gagasan yang timbul, catatlah. Untuk Aku, sekaranglah waktunya untuk mengeluarkan pena atau menyalakan komputer dan mulai mengetik. Aku akan lakukan satu sesi pengembangan ide dan menuliskan ide-ide itu secara bebas. Cara ini benar-benar ampuh. Inilah sebuah kaedah psikologis untuk membantu pemikiran kreatif Aku untuk berproses lebih cepat lagi. Cara ini juga berguna bagi Aku dalam mengatasi masalah-masalah umum seperti mengatur perancangan tugas atau membersihkan rumah pada musim cuti.

Cara menangkap ilham dan perasaan yang muncul dari mimpi Aku kemudian menuangkannya ke atas kertas, antara lain Aku nyatakan:

1. Ketika bangun pagi, menulislah. Ini mungkin bukan waktu yang paling tepat untuk semua penulis, tetapi Aku biasanya menulis berdasarkan gambaran alam bawah sedar. Dengan kata lain, pada pagi hari ide-ide itu masih menancap dalam benak kalbu.

2. Cara lain yang membantu Aku mengingat ide-ide adalah menulis inspirasi yang timbul dengan segera. Ini berarti bila Aku berada dalam bas di atas jalan raya, mendorong troli berbelanja di supermarket setempat, atau mengelilingi pusat perkedaian. Aku selalu membawa buku catatan kecil dalam beg sandang Aku. Ukurannya biasa sesuai dengan beg galas Aku. Selain itu, Aku selalu membawa pena secukupnya.

3. Ketika Aku menonton TV, membaca akhbar, majalah atau buku terbaru, atau membantu anak-anak Aku menyiapkan Tugasan Sekolah, Aku selalu berada tidak jauh dari pena dan kertas. Seringkali Aku mendapatkan ide ketika sedang mengerjakan tugas sehari-hari. Ketika fikiran Aku menjadi relaks, maka ide mengalir lebih lancar.

Seringkali, orang mengeluh tentang ide yang buntu. Aku pernah menyaksikan melalui TV mengenai pengelaman penulis kawakan yang hebat di Amerika Syarikat dan mendengar penulis itu menyuarakan masalah serupa dengan yang pernah Aku hadapi dulu. Aku memperolehi terlalu banyak ide. Masalah Aku adalah tak ada waktu yang cukup untuk menuliskan semuanya. Aku berharap dapat pergi ke suatu tempat yang menyenangkan seperti dilakukan para pengarang di seluruh dunia iaitu dengan lari dari kebisingan alam kehidupn untuk bersetubuh dengan alam kesepian di hutan rimba, tasik, sungai atau pantai laut.

Atau tempat itu boleh berupa sebuah pondok kecil indah yang berada di pinggiran desa. Kebisingan hanya datang dari kicauan burung dan gemerisik air mengalir dari sungai kecil berdekatan. Pada kenyataannya, banyak penulis seperti Aku yang tidak hidup mewah dan memiliki pondok senyaman itu. Kerapkali Aku menulis di tengah suasana yang hiruk pikuk. Mungkin pesanan ini akan membantu diri Aku sendiri memaknai kebisingan, juga menghasilkan wang dari impian-impian Aku sendiri!

Sebuah karya tulis seperti sajak mempunyai nilai hiburan yang relatif bagi pembacanya. Pembaca yang memang sedang benar-benar ingin menghibur diri tanpa banyak berfikir akan menyukai tulisan sajak yang benar-benar sangat khayal dan jauh dari kenyataan. Tapi pembaca yang menyukai kisah-kisah nyata baru dapat terhibur oleh sajak yang nyata dan jelas intipatinya. Tulisan sajak yang nyata dan kelihatan benar-benar telah terjadi masih mungkin hanya berasal dari sekadar khayalan.

Berbagai ide, gagasan dan rencana yang akan Aku tulis sudah ada di kepala dan terasa siap untuk dituangkan dalam sebuah kertas atau fail penulisan dalam komputer. Tapi ketika tangan Aku memegang pena sambil menatap kertas kosong atau ketika jari Aku sudah berada diatas papan kekunci komputer dan menatap layar monitor yang masih kosong, pada saat itu tiada sebuah huruf pun yang muncul. Terasa tiada kata yang tepat untuk mengawali tulisan Aku itu. Vakum.

Mengawali sesuatu hal terkadang dirasakan amat sulit bagi sebahagian orang. Tapi bila Aku tidak mengawali sesuatu berarti Aku telah mengubur satu seni sajak satu keinginan Aku sendiri. Untuk mengawali sebuah penulisan yang idenya telah ada di kepala Aku diperlukan sebuah pemicu. Pemicunya adalah sebuah keberanian untuk berbuat salah. Setelah Aku merasa berani untuk berbuat salah maka kata demi kata akan segera meluncur hingga membentuk kalimat dan akhirnya menjadi alenia. Aku berusaha untuk tidak meneliti dahulu tulisan Aku itu. Aku akan memberi fokus pada tulisan Aku itu dan terus Aku menulis. Terlampau banyak pertimbangan tentang apapun akan menghalangi keluarnya tulisan yang akan Aku tulis nanti.

Setelah menulis hingga empat atau lima paragraf (atau bahkan kurang) mungkin Aku berhenti. Bila berhenti sejenak dan akhirnya dapat meneruskannya hingga menjadi tulisan, maka tidak akan ada masalah. Tapi bila benar-benar berhenti dan tidak ada kemahuan lagi untuk meneruskannya, berarti Aku terhalang oleh diri Aku sendiri.

Ada kemungkinan Aku berhenti bukan kerana kehabisan bahan tulisan tapi kerana sebuah pertimbangan baru yang munculnya secara tiba-tiba dan merusak konsentrasi. Boleh jadi Aku merasa bahawa yang Aku tulis masih belum selesai itu akan menjadi hasil tulisan yang buruk. Disini diperlukan sebuah usaha untuk berani terus menulis dan menyelesaikannya menjadi sebuah tulisan yang Aku inginkan. Biarkan orang lain yang menilai tulisan Aku itu.

Bila alasan Aku berhenti menulis kerana kekurangan atau bahkan kehabisan bahan padahal tulisannya belum sesuai dengan yang Aku inginkan maka Aku akan berusaha untuk menggalinya lebih dalam lagi. Sebenarnya bahan tulisan itu tidak ada habisnya meskipun telah Aku tulis sebelumnya. Hanya saja, bahan-bahan itu tidak keluar dengan sendirinya seperti 'popup ajaib di internet'. Bahan-bahan itu mungkin luput dari pengamatan atau ingatan Aku. Dan memang menjadi tugas bagi setiap penulis untuk menggali bahan-bahan itu.

Ada banyak cara yang diguna oleh para penulis untuk menggali bahan-bahan yang diperlukannya dalam sebuah tulisan. Bila tulisan Aku itu berasal dari pengalaman Aku sendiri, Aku akan cuba mengingat kembali pengalaman Aku. Hal ini memang agak susah terutama bila pengalaman itu sudah terjadi lampau sekali, tapi bukan tidak mungkin untuk diingat. Aku akan mencuba untuk mengingat tiap detail dari kejadian yang menjadi pengalaman Aku. Lalu Aku akan mengangkat tiap detail yang baru Aku ingat dalam bentuk memori itu kedalam tulisan. Boleh juga Aku bumbui dengan fantasi Aku. Fantasi yang Aku miliki juga dapat menggantikan detail-detail kejadian yang mungkin telah Aku lupakan.

Ada juga penulis yang menggali bahan-bahan tulisannya berasal dari pengamatan. Penulis-penulis profesional banyak berasal dari orang-orang yang berlatar belakang kewartawanan atau jurnalis. Tidak hanya kerana menulis adalah pekerjaannya tapi yang lebih dari itu mereka sudah terbiasa dan terlatih dalam mengamati segala kejadian. Bahkan kejadian yang sering dianggap orang pada umumnya sebagai rutiniti boleh menjadi tulisan yang sangat menarik.

Pengamatan bukan berarti hanya membuka mata lalu mengamati suatu kejadian begitu saja. Pengamatan untuk memperoleh bahan tulisan memerlukan perhatian khusus pada apa yang Aku amati. Dengan memperhatikan hal-hal yang Aku amati, selanjutnya munculkan kesan, reaksi, atau pertanyaan kedalam benak Aku. Semakin Aku merasa penasaran berarti Aku telah menggali makin mendalam. Kemampuan mengamati segala sesuatunya secara mendalam tidak dapat diperolehi dengan mudah, perlu latihan dan kesabaran. "Latihan Pengamatan" kedengarannya sepele tapi bila Aku mula memahami maknanya, lalu Aku akan berkata yang lain.

Aku setiasa menganggap diri Aku adalah orang dewasa atau memang ingin lebih dewasa kerana tuntutan lingkungan dan sebagainya. Dan kerana kedewasaan itu terkadang Aku sudah melupakan cara hidup sebagai anak-anak. Lihatlah perilaku seorang anak. Setiap kali seorang anak mengamati sesuatu yang baru, ia pasti akan berusaha untuk mempelajarinya, menanyakannya atau bahkan menirunya. Untuk melatih pengamatan ini Aku dalam mencari bahan-bahan tulisan tiada salahnya bila Aku mendengarkan anak kecil yang ada dalam diri Aku itu berbual-bual.

Setiap orang dapat belajar menjadi pengamat yang lebih baik hanya dengan memperhatikan lingkungannya. Peluang memperoleh bahan tulisan sebenarnya cukup banyak meskipun hanya memperhatikan segala aktiviti, tingkah laku, ucapan dan semuanya yang berhubungan dengan orang disekitar Aku, dimanapun juga Aku berada.

Seseorang dapat menulis dengan baik soal sebuah kisah bila mengalami sendiri pengalaman dalam kisah itu. Hal ini benar tapi tidak selalu tepat. Banyak orang-orang terkenal yang ingin mengeluarkan biografi dirinya sendiri tapi masih memerlukan penulis yang pakar dalam bidang penulisan biografi. Si penulis meskipun tidak mengalami sendiri pengalaman dan kisah-kisah yang ditulis tetapi dapat membuahkan hasil tulisan yang baik. Ini semua kerana si penulis mampu merakam, bahkan menyerap semua bahan untuk tulisannya.

Setelah Aku menyedari soal pentingnya pengamatan dalam memperolehi bahan cerita untuk penulisan puisi, Aku rasa menuangkannya dalam bentuk tulisan akan menjadi lebih mudah. Dengan menambahkan sajak Aku dengan bumbu-bumbu dari fantasi Aku sendiri, dapat membuat sajak Aku itu menjadi semakin lebih hidup.

Langkah berikutnya setelah tulisan yang Aku buat dianggap selesai adalah menelitinya kembali. Disini lazimnya Aku akan memperbaiki konsep berani berbuat salah yang Aku jelaskan sebelum ini. Perhatikan aturan-aturan penulisan yang baku. Sebaik-baiknya sajak itu apabila dihasilkan tanpa Aku gagal memperhatikan aturan seperti tanda baca, huruf besar-kecil, ejaan dan sebagainya niscaya hasil karya sajak Aku itu juga akan menjadi sia-sia belaka.

Yang harus selalu Aku diingatkan adalah, semua penulis menulis untuk dibaca oleh orang lain. Dan berharap bahawa orang lain mempunyai pemahaman sebagaimana Aku mengharapkan. Kecualilah Aku memang tidak ingin mempublikasikan karya Aku di mana-mana media massa.

Huraian ini hanya bersifat memotivasi diri Aku sendiri dan rakan-rakan Aku untuk segera menulis dan memperbanyakkan menulis sebagai kaedah berlatih menulis. Boleh jadi huraian Aku ini adalah sebuah hasil dari konsep berani berbuat salah yang telah Aku ungkapkan. Aku sendiri tanpa ada rasa malu dan segan tetap terus belajar menulis dari berbagai bahan dan sumber, terutama dari orang-orang yang sudah berpengalaman di bidang penulisan puisi ini, terutama penulisan sajak lirik yang berbentuk narasi. Terus terang Aku katakan bahawa Aku belum termasuk di dalamnya sebagai seorang penyair sajak lirik yang tersohor dan kawakan. Aku pun masih belajar…

Akhir kata, boleh Aku rumuskan untuk mendapatkan sebuah Kumpulan Sajak yang baik, mantap, lugu, mulus, adalah paradigma Aku yang wujud kelemahan dan kelebihan, kerana Aku bermula secara manual menggunakan mesin taip, kemudiannya komputer peribadi tidaklah mudah. Prosesnya bukan setakat menganalisa, mengolah, mengklasifikasi dan menyimpulkan malah dapat memberi tafsiran dan penilaian yang tepat, penghayatan yang bertahap tinggi, berprinsip yang tegas, keyakinan menangani ilmu pengetahuan dan falsafah, dan Aku tidak lupa kepada tulisan Rainer Maria Rilke 'Kepada Penyair Muda':Kalau ingin jadi penyair masuklah ke dalam dirimu. Temukan sebab yang mendorong kamu menulis. Galilah dalam-dalam hatimu untuk menemukan jawaban yang jujur. Kemudian mendekatlah kepada alam, katakan apa yang kamu lihat, kamu alami, kamu cintai, dan kamu ratapi...

Kesimpulan, dari suatu proses yang amat panjang ini sebagai AKU yang melalui PROSES KREATIF SEBAGAI PROSES REALITI KEHIDUPAN KOGNISI YANG MELETIHKAN adalah bahawa 138 buah sajak yang ditulis dalam Kumpulan Sajak AKU DALAM SAJAK, kerana Aku, ARISEL BA yang telah jatuh cinta kepada bahasa. Sebagai perlengkapnya jelas terlihat melalui sajak-sajak di bawah ini:

AKU DALAM SAJAK 18

: Sempena Hari Keluarga 31 Mei 2003

Wahai tujuh anak-anakku, kemilau mentari pagi tak kaurindu murni titis hujan melukis pelangi lihatlah anak-anakku warna duniawi bersatu dan berpadu indah harmoni. Wahai tujuh anak-anakku, di akalmu sudah penuh ilmu kaufahami baik buruk bakal berlaku tatkala api sengketa membaham uras irimu melahap perkebunan tradisi moyangmu apakah hilang bimbang pada marak api amarahmu membakar persaudaraan, kasih sayang jadi abu

Wahai Kamsah, ibuku. Wahai Ahmad, ayahku. Aku leka bermain api di kalbu, kekagumanku pada geliat nyala sambarannya kian marak melahap sengketa sesama keluarga

Wahai Kamsah, ibuku. Wahai Ahmad, ayahku. Semua orang taksub bermain bunga api, dan tujuh anak-anakku masih girang begini asyik bermain bunga api, aku melihat jiran-jiranku gembira bermain bunga api jenuh menengok gejolak terpercik api, inilah mainan kami sejak zaman ayah ibu dulu yang mengajar kami menafsir ceria keluarga Islami

Wahai tujuh anak-anakku, bahawa api itu datang dari neraka, percayalah api perlengkap kepada angin, air dan tanah, penghidupan Islami kita ada panduan Allah berteraskan al-Quran dan Sunnah, perlukah tika mengurus keluarga berkiblat ke barat? sedang budaya Islamik itu adalah darah dan urat

Wahai tujuh anak-anaku, Hayati al-Quran, surah as-Syura ayat 27: “Dan jika Allah melapangkan rezeki bagi hamba-hamba-Nya, tentulah mereka akan melanggar segala batas di muka bumi tapi Allah menurunkan apa yang ia kehendaki menurut ukuran . Sungguh, Ia Maha Mengetahui Maha Awas terhadap hamba-hambanya.”

31 Mei 2003 Kuantan, Pahang

TATKALA ARISEL BA MEMBACA DIRI 1

Aku-lirik menjelma bagai seorang darwis yang mengubat gejolak hati dan jiwa, lalu mengendap-endap diam dalam lembar-lembar kertas di buku kehidupan seorang Arisel Ba yang tatkala dibaca, sesosok diri pribadi seorang Arisel Ba yang menghamburkan kata demi kata dari dunia realiti dan ilusi dan melemparkan kembali kesedaran selangit memori dan pengalaman. Tiba-tiba ada bisikan beracun dalam kalbu: Jangan bicara soal orang lain, bacalah dulu siapa dirimu dan diriNya.

14 Mei 2005 Kuantan, Pahang

Sekian, terima kasih

Arisel Ba

25 September 2005 – 6 Mei 2007 Kuantan, Pahang, Malaysia

Posted at 11:37 pm by arisel
Comments (3)  

Tuesday, October 03, 2006
AKU DALAM SAJAK 19


AKU DALAM SAJAK 19

Arisel ba


Aku membaca kembali Muhammad Rasulullah shallallahu 'alaihi wa alihi wasallam, Baginda manusia mutiara pantas memilih berkehidupan hamba Allah, merakyat, tidak pernah makan kenyang lebih dari tiga hari, memasuki hari kedua Baginda tidak miliki makanan lagi, Baginda menjahit bajunya menampal sandalnya sendiri dan ukuran grahanya panjang 4.80 sentimetar, lebar 4.62 sentimeter, Baginda-lah manusia nabi dan rasul dicintai Tuhan dan maha mencintai Tuhan, tetapi orang kampung Thaif melemparinya dengan batu mengakibatkan jidatnya berdarah, Baginda dibiarkan Tuhan sangat kesakitan tubuh berpijar oleh racun Zaenab wanita Yahudi laknat itu.

Hassan, cucu pertama Muhamad Rasulullah diizinkan Tuhan mati diracun isterinya sendiri, dan Hussein, cucu kedua Muhamad Rasulullah dipalar Tuhan dipenggal kepalanya dan kepala itu diseret dengan kuda sejauh ratusan kilometer hingga wujud dua pusaranya, Muhammad Rasulullah dijamin syurganya, tetapi ia selalu takut kepada Tuhan hingga menangis dalam sujud Baginda di hadapan Allah, sedangkan kita Umat Muhamad megaku Islam dengan kerjaya pengadudomba dan pengumpat masih gigih mengadudomba dan mengumpat, kerjaya budayawan masih bergelagat rendahnya budaya, politikus tangkas berpolitik kotor menjijikan, dan ada sebahagian dari kita, menginginkan nasib kehidupan di bumi pinjaman ini mahu lebih selesa, bahagia, aman dan tenteram berbanding Muhammad Rasulullah?, dan jika ada Umat Muhamad Rasulullah ditimpa bencana dan musibah, Tuhan lazimnya yang kita persalahkan?

Tiba-tiba berdesing dicuping telingaku cemuhan mengatakan aku gila, kurang waras akalku, jadi lebih baik aku sendirian dalam mempertanyakan kenapa ilmuku gagal mengintipi bencana demi bencana lantas tidak mengetahui akan ada gempa tektonik dalam jantungku sendiri, malah aku tidak akan tahu apa akan aku lafazkan sendiri sepuluh minit mendatang, dan aku percaya gagal mengetahui berapa jumlah bulu ketiakku sendiri, lantas aku diherdik ulamak dengan kata pengecut dan pendurhaka kerana mempertanyakan tindakan Tuhan, aku hanya mampu berdiam.

Aku kembali membaca akad dan janji ilmiah mengakui bahwa Allah, Tuhanku, Muhamad persuruh Allah Penguasa Alam Semesta dan termampuku melaksanakan jihad seorang Umat Muhamad Rasulullah mengakui, menemui logikanya, dan dengan pantas dan pintar belajar menerima Qadak dan Qadar Allah, dan akhirnya aku memperolehi kenikmatan ikhlas kurniaan Allah, Tuhan-lah satu-satunya yang Qadim, berhak bersikap Penguasa Alam Semesta.

Setiap kali aku menasihati diri sendiri bahawa Allah, Tuhan yang aku sembah tidak berkewajiban apa-apa kerana Allah tidak berhutang kepada siapa-siapa, dan keberadaanNya tidak atas saham dan kroni siapa pun, Tuhan tidak terikat oleh baik buruk kerana Dialah yang menciptakan baik buruk, Tuhan tidak harus patuh kepada benar atau salah, kerana benar dan salah yang harus taat kepadaNya.

Masih aku ingati RahmatMu mengulum melantak Aceh dengan air lautan, RahimMu menggegar melantak Jogjakarta dari bawah bumi, dan aku mengerti amat bahawa manusia mulia dan beruntung itu segera dipisahkan Allah dari bumi ini dan bencana demi bencana, pemulanya adalah manusia tatkala ribuan malaikat menerbangkan roh manusia terus ke syurga tersedia graha-graha cahaya, dan saudara-saudara mereka yang ditinggalkan, porak poranda desa dan kota mereka adalah medan Allah menguji kesetiaan dan keimanan umat Muhamad Rasulullah terhadap Allah bagi kebesaran kepribadian manusia Aceh dan Jogjakarta, kerana mungkin sesudah bencana dan musibah ini, Tuhan menolong mereka bangkit lebih gagah tabah menemukan kembali ketangkasan, kepintaran dan kependekaran mereka.

Musibah dan bencana mengulum lantak Aceh dan menggebgar lantak Jogjakarta itu tidak sedahsyat sengsaranya mereka selama ini, manusia Aceh dan Jogjakarta akan bebas lepas dari pemikiran psikologis yang membelenggu dan memenjarakan mereka selama ini, kerana air mata duka mereka menyatu, sehingga akan lahir keputusan dan perubahan jadi sejarah membahagiakan umat Muhamad Rasulullah di sana biarpun bencana dan musibah itu terlalu mengerikan, kesengsaraan para korban sukar dibayangkan, apakah akan mampu tertanggungkan, kerana dunia bukan pentas utama pelakonan manusia.

Wahai kalbuku tepu kesombongan duniawi, kerana selama ini aku katakan manusia tidak mati adalah selamat dan mereka yang mati itu tidak selamat, setelah aku keliru ketepikan Tuhan dan akhirat dari konsep nilai hidup masa kini, kalau bagiku rumah tidak runtuh musnah hancur, harta kemewahan duniawi tidak sirna, dan nyawa tidak melayang, itulah kebaikan, sementara yang sebaliknya adalah keburukan, lalu aku berhenti memprotes Tuhan, kerana Tuhan tetap mendekatiku dalam skala fikirku, kerana bagiku kehidupan itu berhenti ketika aku mati.

Aku akhirnya mengerti dan membaca kembali pola perilaku Tuhan yang Qadim, kerana sebenarnya kalbu manusia itu berpenyakit, dan membiarkan penyakit dunia ini dengan politik amat menjijikan, ekonomi diujicuba pelbagai teori munafik dan kebudayaan penuh penghinaan atas martabat diri manusia sendiri, lantas sepantasnya Tuhan menambahi penyakit itu bersarang dalam kalbu manusia, sambil menyediakan dengan bencana dan musibah sejati yang jauh lebih dahsyat dari tsunami Aceh dan gempa tektonik Jogjakarta kerana bencana dan musibah itu adalah pemuliaan bagi manusia umat Muhamad Rasulullah tatkala nyawanya diangkat malaikat, serta masih dianugerahi tempoh pengampunan dan taubat bagi manusia yang masih dibiarkan hidup.
Aku akhirnya membaca kembali peringatan Allah melalui al-Qurah dan Sunnah Rasulullah kepada diriku sendiri bahawa Allah itu tetap Yang Maha Pengasih dan Penyayang dan Allah Tuhan Penguasa Seluruh Alam dan Tuhan masih sayang kepada aku yang masih diberi ilham dan hidayah berupa peringatan berturut-turut, baik berupa bencana alam, musibah teknologi dan perilaku kerakusan manusia, dengan frekuensi jauh lebih tinggi dibanding waktu terdahulu, tetapi, jika semua itu masih tidak menjadi pelajaran, mungkin itu menjadikan Tuhan mengambil keputusan memberi peringatan dalam bentuk lebih dahsyat lagi dengan meletusnya Merapi hingga melebur Tanah Jawa yang pasti mengguncangkan dada dan jantungku dan apakah nanti aku masih berkesempatan belajar menundukkan wajah keangkuhan dengan melafazkan kesyukuran kepada Tuhan....

10 Jun 2006

Kuantan, Pahang

Posted at 10:54 pm by arisel
Make a comment  

AKU DALAM SAJAK 17


AKU DALAM SAJAK 17
Puisi Naratif Karya: Arisel Ba



Bismillah-hirahman-nirahhim…pada ini hari aku kembali membaca perkisahan pemerhatian Ali Abi Talib peribadi junjungan perihal Muhamad Rasulullah azim bangsawan, tertib Ali meriwayat penuh adi sani: “teladani Nabimu baik pepaleh paling suci, telus dirinya cermin suri teladan putih hati teratak berduka paling ilu iba. Dia paling Allah cintai teratak jejak umat meneladani Nabi-Nya dan mematuhi.”

Dia telah lepaskan serbaneka goda dunia demi iman syahadat, dia takmemperdulikannya. dia warga dunia paling kerdil diri ceding dan paling sering berlaparan dengan lambung kosong ditawarkan padanya kelewahan melimpahruah di dunia, dia benar amanah lalu enggan menerimanya, dia adil saksama arif akan Allah takredha ewa sesuatu, diapun takmenyukai sesuatu kebencian Allah, dia istiqamah mengetahui Allah remehkan sesuatu, diapun meringankan keremehtemehan Allah dan jika Allah menganggap kecil amat sesuatu diapun mencerap sesuatu yang kecil demi Allah yang kiranya kita cintai itu adalah sesuatu yang Allah dan Rasul-Nya murkai mengkal hati yang kita besar-agungkan adalah sesuatu yang Allah dan Rasul-Nya kecilkan, jadi bukti yang kita tolak dan tentang perintah Allah yang fardu yang makan di atas tanah, adalah Muhamad Rasulullah yang duduk laksana seorang bocah, Dia Rasulullah yang menampal sandal ditangan sendiri, Dia Rasulullah yang menjahit baju dengan tangan sendiri, Dia Rasulullah yang mengendarai keledai takberpelana, Dia Rasulullah yang mencahayai hidup dunia akhirat, Muhamad Rasullulah yang cekal cekap takmudah berputusasa, Dia Rasulullah

Muhamad Rasulullah berpaling dari dunia dengan hatinya mematikan ingatan kepada dunia dari dalam jiwanya menyukai hilangnya hiasan dunia dari matanya mencerap hidup di dunia pinjaman sementara Cuma mengharapkan keredhaan dari-Nya penuh takwa maka Dia bertasbih munajat qiamulail mengadap-Nya melarikan cinta membutatuli pada dunia dari jiwaraganya mengenyahkan godaan iblis berwajah manusia mengasuh hatinya gerun seksa Allah bersolat, zikir berdoa menghilangkan serbaneka sandiwara dunia dari perhatiannya, akhirnya aku dalam sajak ini membaca al-Quran, surah At-Taubah ayat 128, Allah berfirman : “Telah datang kepadamu seorang Rasul dari kalanganmu sendiri. Terasa berat baginya penderitaanmu. Sangat ia inginkan kamu (beriman). Ia Maha Penyantun, Maha Penyayang terhadap orang beriman.”

Selawat dan salam kepadamu al-Amin, seorang Muhamad Rasulullah penyantun, seorang Muhamad Rasulullah penyanyang mukmin. Amin!

14 Mei 2003 bersamaan 12 Rabiulawal 1424

Posted at 10:52 pm by arisel
Make a comment  

Friday, May 13, 2005
TATKALA ARISEL BA MEMBACA DIRI 1

TATKALA ARISEL BA MEMBACA DIRI 1
Puisi Arisel Ba


Aku-lirik menjelma bagai seorang darwis yang mengubat gejolak hati dan jiwa, lalu mengendap-endap diam dalam lembar-lembar kertas di buku kehidupan seorang Arisel Ba yang tatkala dibaca, sesosok diri pribadi seorang Arisel Ba yang menghamburkan kata demi kata dari dunia realiti dan ilusi dan melemparkan kembali kesedaran selangit memori dan pengalaman. Tiba-tiba ada bisikan beracun dalam kalbu: Jangan bicara soal orang lain, bacalah dulu siapa dirimu dan diriNya.

14 Mei 2005
Kuantan, Pahang

Posted at 06:20 pm by arisel
Make a comment  

TUGASAN BENGKEL SAJAK

TUGASAN BENGKEL SAJAK
DARIPADA ARISEL BA


1. Semua peserta bengkel sajak yang telah mewujudkan kumpulan dapat menyiapkan sebuah sajak secara berkumpulan yang berasaskan origami kapal kertas/perahu kertas atau bot kertas yang telah dibuat oleh semua kumpulan pada awal bengkel. Puisi itu hendaklah ditaip bersih dan dibacakan pada sesi akan datang.

2. Setiap peserta bengkel diminta menyiapkan sebuah sajak berasaskan ‘apa yang paling disayangi’ peserta mengikut praktik yang telah dilakukan di dalam bengkel, setiap peserta telah mengenalpasti ‘apa yang paling disayangi’ kemudian melukiskan ‘benda’ itu secara lakaran realiti, kemudian dilakar secara abstrak. Sajak itu akan dibincangkan pada sesi akan datang.


Sekian, terima kasih


Arisel ba

12 Mei 2005

Posted at 05:07 pm by arisel
Make a comment  

Next Page